ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 17 Mac 2009

TV3 bohong lagi..? Betulkah....

Baca dan buat penilaian sendiri.......masih berkaitan dengan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.......

Copy n paste dengan sedikit ubah suai....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dilulus terbit pada Tuesday, March 17 @ 21:21:25 MYT oleh TokBatin

Oleh IzalPutra
"TV3 (buletin utama - 15/03/09) (dikatakan) sekali lagi berbohong iaitu mengenai bantuan kepada adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 iaitu berkenaan tawaran sebuah rumah kepada dia sekeluarga. TV3 kata umno yang bagi tawaran rumah itu menerusi Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

sedangkan...........

Dari Harian Metro Online:

KOTA BHARU: Kejayaan seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, memperoleh 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar berkenaan.

Malah, bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, menyifatkan pemberian bantuan itu sebagai rahmat terutama bagi membantu keluarganya yang serba kekurangan dan menjamin depan anak sulungnya itu.

Sebelum itu, Nik Mohd Kamal dikunjungi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Che Othman Che Mat.

Dalam kunjungan itu, Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan RM5,000 serta menawarkan sebuah rumah di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, untuk kediaman keluarga berkenaan manakala Dali memberikan bantuan RM1,000 bagi meringankan bebanannya.

Komen : Takkan la isu ni pun nak dipolitikkan......Tak kira TV 3 betul atau Harian Metro Online betul......maklumkan saja apa sebenarnya yang berlaku. Ada sapa-sapa boleh sahkan berita di atas... apa sebenarnya ??

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aik?xpnh dgr berita tv3 kata cmtu pn???
yg pnh tgk berita harian and akhbar2 laen kata rumah dberi kerajaan kelantan...xpnh tgk tv3 kata rumah dberi umno..

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.