ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Isnin, 9 Mac 2009

Sudah Cukupkah Islam Kita ???

Mari berfikir dengan mata hati..............

Selamat Menyambut Maulidur Rasul Nabi Muhammad S.A.W. Manusia pilihan yang memberi rahmat kepada seluruh alam. Akhlaknya terpuji. Dipuji kawan dan lawan.

Ajarannya murni, syumul dan praktikal untuk setiap masa, zaman dan tempat. Ajaran yang dibawa meliputi semua aspek kehidupan manusia - politik, ekonomi, sosial, ibadat, pendidikan, dan seluruhnya.

Tiada tokoh setanding baginda Nabi Muhammmad. Tiada ajaran sesuci ajaran Islam yang dibawa baginda. Tiada idola selain baginda. Baginda diutuskan untuk memberi rahmat kepada seluruh alam jagat ini.

Tetapi kenapakah kita tidak mengambil ajaran baginda keseluruhannya ?Kenapa kita tidak meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi ? Kenapa sudah beratus kali kita menyambut majlis sambutan maulidur rasul , kita masih ditakuk lama ? Tidak berubah dari kejahilan sebelumnya ? Kita masih penganut Islam seperti sebelumnya. Kita hanya beretorik....berslogan yang hebat-hebat.....hanya mengadakan majlis adat...adat kebiasaan seperti majlis sebelumnya. Tiada apa-apa.......seronok ...ceramah sikit, makan dan balik. Seronok bercuti....berhibur..

Islam bukan hanya agama ritual.....bukan agama ibadat dalam masjid sahaja. Jika demikian tanggapan kita, kita menyamakan Islam dengan agama lain. Islam bukan solat, puasa, zakat dan haji sahaja.....tapi Nabi Muhammad s.a.w membawa Ad-din . Islam adalah suatu cara hidup yang berlandaskan syariat, akhlak dan aqidah yang suci....lengkap !

Kita perlu bermuhasabah...kita perlu tingkatkan pemahaman. Kita generasi baru, perlu ubah segala yang pincang . Islam adalah cara hidup kita. Kita hidup dan mati kerana Islam. Mari kita baiki segala kelemahan kita, letakkan Islam dalam diri kita, dan banggalah dengan Islam sebagai cara hidup kita.

Namun perlu kita waspada, Islam ada banyak musuh. Musuh dari dalam dan luar. Yang masih mendakwa Islam tapi sesat dalam amalan - liberalisme, pluralisme, sekularisme, nasionalisme, dan pelbagai isme ciptaan manusia yang mengaku bijak mengunakan akal minda mereka sahaja. Bahkan ada juga mencipta ajaran baru yang mengelirukan, berselindung di sebalik nama Islam. Berhati-hatilah !

Kita juga perlu berhati-hati dengan musuh yang terang lagi nyata - Yahudi, Nasrani dan golongan musyrikin yang lain. Mereka sentiasa cuba memerangi kita sama ada secara terang atau sembunyi. Mereka melancarkan perang saraf / 'ghazwatul fikr ' untuk meracuni pemikiran orang Islam terutama kita golongan muda Islam. Mereka juga mengadakan pakatan membantai umat Islam secara terang dan nyata seperti yang berlaku di Palestin, Iraq, Afganistan, Chechen, Selatan Thailand, Selatan Filipina, dan sebagainya. Tidak berasakan hati kita apa yang berlaku pada saudara kita. Diserang, dianiaya, dibunuh dan dizalimi.

Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, apakah kita masih mahu seperti dulu. Menyambutnya dalam kegembiraan fizikal tetapi kosong jiwa dan raga. Kita mengaku mengagungkan dan menyambut kelahiran manusia terpilih tetapi kita tidak mengagungkan ajaran yang dibawa baginda. Kita masih memilih-milih ajaran yang dibawa oleh insan terpilih ini. Kita kebanyakannya masih menganggap sudah cukup Islam dengan amalan kebiasaan kita. Di mana solat kita ? Di mana puasa kita ? Di mana akhlak Islam kita ? Di mana ekonomi Islam kita ? Di mana pemerintahan Islam kita ? Di mana hak-hak Islam yang kita cuba laksanakan ? Ada atau tidak ?

Kita semua perlu tanya diri masing-masing jika kita mengaku kita ummat Nabi Muhammmad s.a.w. Jalankan seruan Islam mengikut di mana landasan kita berada. Seruan dakwah kepada kebenaran adalah kewajipan semua pihak kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan yang bermaksud, " Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat ".

Muhasabahlah !! Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.