ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 16 Mac 2009

INIKAH ISTANA KEJAYAAN ?

[rumah.jpg]

Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan beberapa hari lalu.

Nik Nur Madihah menuntut di Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan dan keluarganya tinggal di rumah usang ini.

Kemiskinan tidak menghalang Nik Nur Madihah membuktikan kemampuan dan kejayaan dapat digenggam. Keazaman yang kental mengatasi segala-galanya dengan izin Allah. Bukan alasan dicari untuk berserah kepada taqdir tetapi usaha dan ikhtiar digembleng untuk mencapai matlamat dan mengatasi segala masalah. Hebatkan pelajar ini ?

Adakah anda tidak memikirkan hal ini ? Jika anda seperti Nik Nur Madihah, usahalah - ikut jejak langkahnya. Jika kehidupan anda lebih beruntung, bermuhasabahlah - bersyukurlah dan guna kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Hargailah jasa ayah bonda membesarkan anda. Buat yang terbaik untuk mereka dan diri anda sendiri.

Terima kasih, ayah. Terima kasih, ibu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.