ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 3 Februari 2009

Tema 4 : Ekonomi (Tamadun Mesir)

TAKRIF EKONOMI

Sistem Ekonomi Sara Diri

Di bawah sistem ekonomi sara diri, bidang pertanian merupakan kegiatan yang paling penting. Pelbagai jenis tanaman telah diusahakan seperti gandum, barli, millet, sayur-sayuran dan sebagainya. Mereka menghasilkan kegiatan ini adalah bertujuan menampung keperluan mereka seharian terutamanya dari segi makanan.

Sistem Ekonomi Komersil

Di bawah sistem ekonomi sara diri, tanaman seperti gandum, barli, millet, sayur-sayuran, buah-buahan, flex dan kapas telah diusahakan. Akibat tanah di Lembah Sungai Nil amat subur dan terdapat sistem pengairan yang baik, maka usaha pertanian sara diri telah menghasilkan pengeluaran yang berlebihan. Lebihan hasil ini telah digunakan oleh para petani memperolehi barang keperluan yang lain dengan menukar dengan orang lain. Maka, dapat dikatakan sistem ekonomi berbentuk komersil telah wujud di Mesir.

Sistem Ekonomi Perdagangan

Kegiatan perdagangan di Mesir dimonopoli oleh Firaun. Penglibatan pihak swasta amat terhad. Kebanyakan ekspedisi perdagangan dihantar oleh raja. Umpamanya Snefru (raja Pertama Dinasti Keempat) menghantar ekspedisi perdagangan ke Nubia dan Libya. Sebenarnya ekspedisi ini bertujuan ketenteraan, di samping mendapatkan barang-barang seperti batu untuk tujuan pembinaan dan permata serta mineral.

Pada zaman kerajaan lama, pusat perdagangan yang paling penting adalah Byblos. Byblos dianggap penting kerana ia menghubungkan Mesir dengan laluan perdagangan utama. Byblos merupakan pelabuhan entreport Mesir yang penting. Ia juga merupakan pembekal kayu balak yang utama.

Menjelang tahun 2000 SM, kegiatan perdagangan di Mesir berkembang dengan pesat. Mesir berdagang dengan Crete, Phoenicia, Palestine, Syria dan Cyprus. Mesir mengeksport gandum, linen, fabrik, kertas, ikan masin, tembikar dan jagung. Di sebaliknya, Mesir mengimport emas, perak, gading gajah, wain, minyak zaitun dan kayu balak.

Di Mesir, ekspedisi-ekspedisi perdagangan dianggap sebagai duta dan barang-barang yang diterima dianggap sebagai ufti. Biasanya, ekspedisi ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya diraja Mesir.

Secara umumnya, terdapat 3 kaedah digunakan oleh pemerintah Mesir untuk memperolehi barang dagangan dari luar negeri:

Kaedah Pertama: menghantar ekspedisi diraja untuk mendapatkan bahan galian (tembaga, firus dari Sinai). Ekspedisi ini diketuai oleh pegawai raja dan dibantu oleh tentera. Tentera dihantar untuk menundukkan orang nomad dan melindungi pelombong.

Kaedah Kedua: memperolehi barang dagangan dari pedagang asing. Segala urusan perdagangan dikendali oleh pegawai kerajaan yang dilantik oleh Firaun. Pegawai ini akan menukar barang dengan pedagang asing ini di sempadan Mesir (contoh Elephantine, Kerma berhampiran dengan Katarak-3) bagi memperolahi barang seperti ebony, gading gajah, damar wangi dan sebagainya.

Kaedah Ketiga: menghantar tentera laut ke negara asing untuk mengadakan rundingan dengan pemerintah asing. Kapal yang dihantar amat besar dan dibina dengan kayu cedar dan dimiliki oleh Firaun. Sebagai contoh, Permaisuri Hapshepsut menghantar ekspedisi ke Punt untuk mendapat barang dagangan seperti ebony, gading gajah, emas dan kera.

PEMBANGUNAN EKONOMI

Prasarana

Perhubungan

Jalan sungai merupakan sistem perhubungan yang penting di Mesir.

Pengangkutan

Pengangkutan yang digunakan oleh orang Mesir terdiri daripada kapal-kapal. Kapal laut yang pertama digunakan oleh orang Mesir dibina daripada kayu bermutu tinggi untuk tujuan perdagangan dan peperangan.

Gudang

Gudang-gudang besar di Mesir dimiliki oleh raja. Ia digunakan untuk menyimpan cukai-cukai yang dikutip dalam bentuk barangan seperti gandum, wain, linen, ikan dan sebagainya.

Sistem Kewangan

Tidak terdapat sebarang sistem mata wang di Mesir. Penggunaan mata wang hanya bermula apabila orang Parsi memperkenalkan wang perak Shekel. Menjelang zaman Remesside, sistem mata wang diamalkan secara meluas. Gelang-gelang yang dibuat daripada emas, perak, dan tembaga dijadikan media pertukaran.

Sistem Percukaian

Cukai telah dikenakan terhadap institusi yang memiliki tanah pertanian, khususnya rumah berhala. Individu-individu terutamanya tentera juga dikehendaki membayar cukai. Selain itu, para pedagang dan juga tukang-tukang juga perlu membayar cukai. Cukai-cukai dibayar dalam bentuk barangan seperti padi, barli, lilin, ikan, gandum, wain dan sebagainya dan disimpan dalam gudang besar.

Sistem Pengukuran

Sistem ukuran yang standard bagi bijirin diperolehi daripada mitos mata Horus. Menurut mitos ini, mata Horus dipecahkan kepada 6 bahagian semasa berperang dengan Seth, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/16, 1/32, dan 1/64. Mata Horus ini kemudian dilukis dan digunakan untuk mengukur bijirin.

Ukuran panjang di Mesir pula terdiri daripada jari, tapak tangan dan kubit (20.6 inci). Ukuran linear yang panjang ialah ukuran panjang sungai iaitu 4,000 kubit. Ukuran ini digunakan bagi tujuan geografi.

Ukuran yang standard bagi keluasan ialah khet persegi, 100 kubit persegi / 2/3 ekar.

Sementara ukuran jar yang berasingan digunakan bagi bir, susu, madu dan wain.

1

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.