ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 14 Februari 2009

PEMIKIR KETENTERAAN - KAUTILYA & MACHIAVELLI (2)

Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan.

Pendahuluan :

  • Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka. Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan ini ialah Kautilya, Sun Tzu dan Nicollo Machiavelli.

Isi :

Sumbangan Kautilya :

Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain :

  • Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia untuk berperang, membiarkan musuh melancarkan serangan pertama, melancarkan serangan pertama, bersekutu dengan musuh dan mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan satu musuh dan menyerang musuh lain.

Strategi Memenangi Peperangan :

  • Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh dengan memberi rasuah, menanam benih perpecahan atau rasuah dan melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan.

Saranan Kepada Pemerintah :

  • Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.

Penggunaan Kaedah Subversif :

  • Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya menyarankan agar
  • taktik kotor digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu.

Sumbangan Niccolo Machiavelli :

Sokongan Rakyat :

  • Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru.

Bantuan Luar :

  • Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar.

Undang-undang dan Tentera Baik :

  • Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau menyarankan tentang keperluan undang-undang yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa.

Cara Mengekalkan Kuasa :

  • Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan.
  • Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.

Strategi Peperangan :

  • Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi dilengkapi dengan senjata yang canggih.

Sistem Pentadbiran :

  • Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan.

Kesimpulan :

  • Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaitu Arthasastra (Kautilya), The Prince, Art of War dan Discourse (Niccolo Machiavelli). Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.