ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 3 Januari 2009

"Muhasabah Tahun Baru........"

Assalamualaikum semua pelajar yang dikasihi,

Tahun masehi 2009 dah muncul. Ini menandakan sessi persekolahan 2009 akan bermula. Apa yang penting STPM 2009 mesti dah ada dalam kotak pemikiran. Jangan lupo.......

Ada yang rasa tak cukup cuti ??? Udah-udah le cuti tu..... Mulalah memikirkan buku-buku dan peperiksaan. Letakkan matlamat, sebagai seorang Islam kita mesti menuntut ilmu dan memberi prioriti terhadap keperluan untuk berjaya. Ini kerana jika kita berjaya, kita turut membawa kejayaan dan sumbangan positif terhadap ummah Islam itu sendiri. Kita mesti ada fikir macam itu. Kalau orang Islam lemah, kesannya besar. Semoga kita sebagai individu Islam ada saham dalam menyumbang untuk syiar agama kita.

Tahun 2008 macam-macam berlaku. Ada yang kita tahu dan banyak yang kita tak tahu. Ramai yang kahwin, dapat anak, dan ada juga pergi selama-lamanya. Misalnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail dipanggil Allah menghadapNya. Pilihanraya kecil akan dijalankan di Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009. Perang pilihanraya dah bermula di sana.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga mengejutkan banyak pihak. Sebab beberapa pihak terlibat. Siapa membenarkan pembangunan atas bukit tu ? Siapa luluskan ? Siapa penghuninya ? Adakah sekadar bencana alam dan kesilapan manusia atau bala ? Allah minta kita muhasabah.....

PPSMI......tak asing pada semua. Berdasarkan keputusan UPSR dan PMR 'membuktikan' pengajaran Sains dan Matematik dalam BI berjaya ( ??????). Entahlah, apa yang saya tahu di sekolah saya, pelajar di kelas 3 Uranus ( kelas hujung ) dan tak pernah ada yang lulus masa periksa, pun majoriti lulus dalam PMR 2008. Terkejut beruk guru yang mengajar. Entahlah......

2008......peningkatan dan penurunan harga minyak serta peningkatan harga barangan. Semua orang merasai kesannya. Sebagai pelajar, kamu mesti cuba menyelami keperitan yang ditanggung oleh ibu bapa kamu. Bantulah mereka mengawal perbelanjaan terutama keperluan persekolahan 2009. Azamlah, balas semula pengorbanan mereka dengan kejayaan STPM 2009.

2009.....kata pakar ekonomi tahun ekonomi meleset. Kita berdoa pada Allah agar kita tabah dan mampu mengatasinya. Inilah akibat apabila ekonomi dikawal oleh sistem kapitalis dan kongkongan Yahudi. Luas perbahasannya.....

Sambutan 2009 juga penuh dengan kejutan. Serangan Israel Yahudi terhadap Gaza, Palestin. Ramai terkorban. Kemusnahan harta, rumah, hospital dan masjid. Apa yang kita boleh buat ! Tak de apa melainkan berdoa. Pemimpin Islam hanya mampu mengutuk dan bermesyuarat. Semua tersekat angkara negara umat Islam tidak bersatu. Angkara 'jarum' Yahudi juga sebenarnya. Harap kita di Malaysia tak akan jadi sedemikian. Pelarian di negara sendiri. Kita mesti kembali pada agama kita !

Sambutan Tahun Baru 2009 juga jadi pesta maksiat ! Pesta hiburan melampau, pesta seks bebas, pesta arak, pesta MAKSIAT, PESTA SYAITAN !!!!!! Hancur umat Islam macam ni . Kalau ALlah turunkan bala, semua kita akan kena ! Siapa nak disalahkan ???? Banyak pihak.....mula dari bawah sampailah atas....

Apapun, kita mengharapkan kedatangan Tahun Hijrah 1430 dan Tahun Masehi 2009 memberi sinar baru kepada kita. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Kita mendambakan kasih-sayang,dan keredhaan Allah. Moga Allah pandang kita yang hina ini. Semoga ummat Islam kembali bangun dan bersatu.....Jangan lupa kita pernah menguasai dunia. Dunia yang aman dengan Islam dan membina tamadun yang tinggi. Jangan kita lupa....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Serangan Israel Yahudi terhadap Gaza, Palestin. Ramai terkorban. Kemusnahan harta, rumah, hospital dan masjid. Apa yang kita boleh buat! Tak de apa melainkan berdoa.

hm..ada juga yang kita leh buat, spread the word, sedarkan orang lain..boikot israeli n american products!
n sumbangan! they desperately need our money!!

Tanpa Nama berkata...

Ya saya setuju.....ulasan saya ringkas sangat....kita mesti ada kesatuan hati sebagai satu umat.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.