ENJIN CARIAN BAHAN

Rabu, 28 Januari 2009

GUNA KEBIJAKSANAAN..

Kepada semua pelajar Pra-Universiti SMK DARY dan pelajar lain yang dikasihi,

Saya ingin tegaskan beberapa perkara :

1. Web blog yang disediakan ini khusus untuk anda semua. Tujuannya adalah untuk membantu anda dalam memberi fokus kepada sesuatu tajuk dalam variasi yang berlainan. Walaupun rujukan buku adalah sangat penting, namun melalui blog ini diharapkan dapat membantu anda dan menjadi medium penghubung antara kita di luar waktu kelas.

2. Tumpuan utama dalam blog ini adalah FOKUS . Kalau nak detail kena baca dan rujuk buku lah. Maknanya fokus kepada tajuk penting, soalan penting, nota penting, dan apa-apa yang dianggap penting. Banyak bahan telah di'post' terdahulu. Guna kebijaksanaan. Cari, buka, baca, catat, cetak, simpan dan jadikan rujukan. Yang penting GUNA DENGAN BIJAKSANA....

3. Segala komen, nasihat, tugasan, dan seumpamanya akan saya salurkan melalui blog ini. Ambil tahu lah ya !!!! Kadang-kadang pedas, tapi siapa makan cili dialah rasa pedasnya !

4. Ini juga membawa maksud blog ini adalah sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran. Anda perlu peka kepada sebarang perkara yang saya 'post' kan. Ini kerana bahan yang di 'post' kadang-kadang berdasarkan keadaan dan kehendak semasa.

5. Saya selalu tegaskan, bila jadi pelajar saya, kena ikut cara saya. Bukanlah cara saya aneh atau luar biasa tetapi ikut arahan saya.

6. Akhir sekali, alam siber ini positif jika kita ambil yang positif. Jadilah perayau alam siber yang beretika, berakhlak dan menjaga batas-batas agama. Jangan jadi perayau yang tak jumpa jalan pulang, faham ke ? Janganlah habiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah...... banyak, fikir sendiri !

7. Target kita adalah STPM....5 Prinsipal dan Sejarah mesti A !!! Cuba usahakan 5 Prinsipal A.

Anda berani menyahut cabaran.......ada berani ?

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.