ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 29 November 2008

SAJAK KEMATIAN....( 1 )

Inilah video sajak kematian yang jadi kontroversi tu.........
Kita semua akan mati ! Kita tak dapat menghalang kematian kita walaupun kita 'menolak' sajak kematian ini !


video



Jumaat, 28 November 2008

Raya Haji 8 Disember

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari Khamis mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 Nov 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Dis," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung, maaf zahir batin.

Khamis, 27 November 2008

LATIHAN MASA CUTI TINGKATAN 6 RENDAH 2008

Assalamualaikum w.t.h,Wave

Khususnya pelajar Tingkatan 6 Rendah Syafie , Hanafi, dan Maliki 2008

Semoga anda semua sihat sejahtera dan selamat bercuti. Saya mengharapkan anda semua dapat meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran khususnya Sejarah. Ini kerana subjek ini memerlukan ketekunan membaca agar anda mempunyai input yang cukup untuk menjawab soalan. Pembacaan yang pelbagai akan membantu anda meningkatkan pemahaman tentang sesuatu tajuk dan akan menjadikan anda lebih kreatif menjawab soalan.

Berikut merupakan tugasan Sejarah 1 sebagai persiapan STPM 2009. ( Soalan ini akan keluar STPM 2009....????? ConfusedBig GrinSilly.....Kalau MPM nakkan soalan ini lah !!! )

PANDUAN MENULIS

1. Buat dalam bentuk esei. ( Rujuk cara penulisan esei STPM yang betul dalam blog ini ).

2. Buat rujukan berdasarkan blog ini dan buku rujukan lain. Semua soalan dan skema ada dalam blog. Anda cuma perlu murnikan saja : kembangkan idea dalam bentuk jawapan esei lengkap.

3. Kulit hadapan mesti mengandungi butiran berikut : Nama Pelajar, nama guru, nama sekolah dan Tingkatan/kelas.

4.Hantar tugasan pada minggu pertama persekolahan Januari 2009.

5.Jika ada sebarang kemusykilan, sila emel kepada saya : rashman2u@yahoo.com

______________________________________________________________________

SOALAN LATIHAN TAMADUN DUNIA( TEMA 1 -3 )

1. Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada tamadun awal.Idea

2. Huraikan ciri ciri bandar dalam kerajaan Rom sebelum kejatuhan pada 499 M.Idea

3. Huraikan sistem pemerintahan Beraja dalam tamadun Mesopotamia.Idea

4.Bincangkan organisasi ketenteraan tamadun Mesopotamia dan India.Idea

5. Bincangkan cara-cara pemerintah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan pemerintahan empayar di Alam Melayu.Idea

6. Bandingkan sistem ketenteraan Islam dengan sistem ketenteraan Rom.Idea

OK itu saja. Buat dengan sungguh-sungguh. Jawapan boleh ditaip komputer atau tulisan tangan.

Selamat menjawab soalan........Time out

Apakah yang umat Islam boleh harapkan dari Obama (dari mulutnya sendiri)?

Kaum Muslimin boleh mendengar dan menilai sendiri pendirian Obama terhadap umat Islam dan negara umat Islam di dalam banyak ucapannya di sepanjang kempennya untuk menjadi presiden AS. Dengarlah dan fikirlah sama ada wajar atau tidak bagi umat Islam menaruh harapan kepada presiden kulit hitam pertama AS ini.

video

Kami cuba mendiktekan video di atas dan menterjemahnya sebaik mungkin untuk perhatian pembaca, namun terdapat beberapa kalimah yang tidak dapat kami pastikan (ditanda dengan.....).

Obama on Pakistan (Obama berhubung Pakistan)

“Leading democratic presidential candidate Senator Barrack Obama issued a warning to Pakistan today saying, he would be prepared to order military attack against Al-Qaeda target in Pakistan with or without the approval of Islamabad.”

Calon presiden Demokrat yang sedang mendahului (Senator McCain), Senator Barrack Obama telah mengeluarkan satu amaran kepada Pakistan hari ini bahawa dia bersedia untuk mengarahkan serangan tentera ke atas sasaran Al-Qaeda di Pakistan sama ada dengan atau tanpa kelulusan dari Islamabad.

“There are terrorists holding up on those mountains who murdered 3000 Americans. If we have actionable intelligence about high valued terrorist target, and President Musharraf will not act, we will.”

Terdapat pengganas yang bersarang di pergunungan sana yang telah membunuh 3000 rakyat Amerika. Jika kita ada dakwaan perisikan yang boleh dipercayai terhadap sasaran pengganas dan Presiden Musharraf enggan bertindak, maka kita akan bertindak.

“Pakistan’s instability right now is turning away from democracy. The rise of Islamic militants inside the country that he (Musharraf) has not effectively dealt with, all of those I think threaten stability in the region”.

Ketidakstabilan di Pakistan sekarang telah terpesong dari demokrasi. Kebangkitan golongan militan Islam di dalam negara tersebut yang Musharraf tidak dapat atasi dengan berkesan, inilah yang pada pendapat saya mengancam kestabilan di rantau itu.

Obama on friendship with Israel (Obama dan persahabatannya dengan Israeel)

“I know that when I visit AIPAC, I am among friends, good friends, friends who share my strong commitment to make sure that the bond between the US and Israel is unbreakable today unbreakable tomorrow, unbreakable forever”.

Saya tahu apabila saya melawat AIPAC, saya ada di kalangan kawan -dengan Israel-, kawan yang sangat baik. Kawan yang berkongsi komitmen yang kuat untuk memastikan ikatan antara AS dan Israel tidak akan terputus hari ini, tidak akan terputus besok dan tidak akan terputus selama-lamanya.

Obama on shared values with Israel (Obama dan nilai yang dikongsi bersama dengan Israel)

“The bond between the US and Israel is rooted in a more than our shared national interest, it is rooted in shared values and shared stories about people. And as president I will work with you to ensure that it is this bond is strengthened”.

Ikatan antara AS dan Israel bukan sahaja terhasil dari perkongsian kepentingan kebangsaan kita, tetapi ia berakar umbi dari perkongsian nilai-nilai dan kisah-kisah tentang rakyat (kita). Dan sebagai presiden, saya akan bekerjasama dengan anda bagi memastikan ikatan ini tetap utuh.

Obama on understanding Zionism (Obama dalam memahami Zionism)
“And I understood the Zionist idea that there is always a homeland at the centre of our story”.

Dan saya memahami pemikiran Zionis bahawa akan sentiasa ada tanahair di dalam kisah (persoalan) kita.

Obama on just establishment of Israel (Obama akui kewujudan Israel adalah adil)

“We know that the establishment of Israel was just and necessary, rooted in centuries of struggle and decades of patient work but sixty years later we know that we cannot relent, we cannot yield and as president I will never compromise when it comes to Israel security.”

Kita tahu bahawa kewujudan negara Israel adalah suatu yang adil dan perlu, yang telah dihasilkan dari perjuangan yang berabad lamanya dan kesabaran usaha yang berdekad tempohnya. Namun sesudah 60 tahun kemudian, kita tahu bahawa kita tidak boleh berlembut dan kita tidak boleh menyerah kalah dan sebagai presiden saya tidak akan sekali-kali berkompromi bila melibatkan keselamatan Israel.
Obama on his commitment to Israel (Obama dan komitmennya terhadap Israel)

“When I went to Israel flying in IDF helicopter I saw a narrow beautiful strip of land…..against the Mediterranean. On the ground I met a family who saw their house destroyed by Katyusha rocket. I spoke to Israeli troops who faced daily threat as they maintain security near the blue line. I talked to people who wanted nothing simpler or more illusive that is to secure future for their children. I have been proud to be a part of a strong Bipartisan consensus that is stood by Israel in the face of all threat. That is a commitment that both John McCain and I share, because support for Israel in this country goes beyond party”.

Bila saya pergi ke Israel dengan menaiki helikopter IDF, saya melihat satu jaluran tanah yang cantik…..berhadapan laut Mediterranean. Apabila berada di bumi, saya berjumpa sebuah keluarga yang melihat rumah mereka dimusnahkan oleh roket Katyusha. Saya bercakap dengan pasukan tentera Israel yang menghadapi ancaman saban hari demi menjaga keselematan berdekatan dengan garisan biru. Saya berbual dengan orang yang hanya mahukan sesuatu yang mudah dan ilusif iaitu semata-mata (mahukan) keselamatan masa depan anak-anak mereka. Saya merasa bangga menjadi sebahagian daripada persetujuan Bipartisan bersama yang kuat iaitu berdiri dengan Israel menghadapi segala ancaman ini. Inilah komitmen yang saya dan McCain kongsi bersama, kerana sokongan kepada Israel tidak mengira parti.

Obama on the Middle East (Obama berhubung isu Timur Tengah)

“Hamas now controls Gaza, Hizbullah is tying its grip on Southern Lebanon and it is flexing his muscles in Beirut. Because of the war on Iraq, Iran always posed a greater threat to Israel than Iraq. It is emboldened and poses the greatest…..challenge to the US and Israel in the Middle East to the generations. Iraq is unstable and Al-Qaeda has stepped up its recruitments. Israel’s quests for peace with its neighbour .....despite the heavy burden borne by the Israeli people and America is more isolated in the region reducing our strength and jeopardising Israel’s safety”.

Hamas kini menguasai Gaza, Hizbullah pula sedang memperkuat penguasaannya di selatan Lebanon dan menguatkan cengkamannya di Beirut. Oleh kerana perang di Iraq, Iranlah yang selalu menjadi ancaman kepada Israel, bukannya Iraq. Hal ini terlalu nyata dan menjadi ancaman dan cabaran yang besar kepada AS dan Israel di Timur Tengah untuk beberapa generasi. Iraq berada dalam keadaan tidak stabil manakala Al-Qaeda pula telah mempertingkatkan rekrutmen/latihan anggota baru mereka. Usaha Israel untuk menjalin keamanan dengan negara-negara jirannya….meskipun menyebabkan rakyat Israel terpaksa memikul beban yang berat dan Amerika menjadi semakin terasing di kawasan itu, melemahkan kita dan membahayakan keselamatan Israel.

Obama refusing to blame Israel (Obama enggan menyalahkan Israel)

“And there are those who would weigh all the problems of the Middle East at the door step of Israel and its supporters as if the Israeli-Palestinean conflict is the root of all the trouble in the region. These voices blame the Middle East’s only democracy for the region’s extremist. They are for the false promise that abandoning….would ally somehow the path to strength. It is not, is has never been and it never will be”.

Dan ada antara mereka yang meletakkan seluruh masalah Timur Tengah di hadapan pintu Israel dan penyokongnya seolah-olah konflik Israel-Palestin ini merupakan punca kepada semua masalah di Timur Tengah. Suara-suara ini menyalahkan satu-satunya demokrasi di Timur Tengah sebagai penyebab kepada ekstrimisme di kawasan tersebut. Mereka percaya kepada janji palsu bahawa dengan meninggalkan…..ia akan membawa kepada kekuatan. Ini tidak benar, tidak pernah berlaku dan pasti tidak akan berlaku.

Obama on ensuring $30 billion for Israels military expenditure (Obama jamin $30 bilion perbelanjaan tentera untuk Israel)

“Our current alliance is based on shared interest and shared value. Those who threaten Israel threaten us. Israel has always faced these threats on the frontline. And I would bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security that starts with ensuring Israel qualitative military advantage. I will ensure that Israel can defend itself from any threat, from Gaza to Tehran. Defence co-operation between the US and Israel is a model of success and it must be deepened. As President I will implement a memorandum of understanding that provides 30 billion in assistance to Israel over the next decades, investment to Israel security that will not be tied to any other nations”.

Kesepakatan kita sekarang adalah berteraskan kepentingan bersama dan nilai bersama. Sesiapa sahaja yang mengancam Israel, bermakna ia mengancam kami -AS-. Israel senantiasa menghadapi ancaman ini secara terang-terangan. Dan saya akan membawa ke White House satu komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keselamatan Israel, bermula dengan memastikan keupayaan kualitatif ketenteraan Israel. Saya akan memastikan bahawa Israel dapat mempertahankan dirinya dari sebarang ancaman dari Gaza hingga ke Tehran. Kerjasama pertahanan antara AS dan Israel adalah satu kejayaan dan mesti diperhebatkan lagi. Sebagai presiden, saya akan melaksanakan satu Memorandum Kesefahaman (MoU) yang memperuntukkan bantuan sebanyak 30 bilion kepada Israel pada dekad hadapan ini, sebagai pelaburan kepada keselamatan Israel yang tidak akan terikat kepada mana-mana negara sekalipun.

Sumber : Mykhilafah.com

Al Khawarizmi Ahli Matematik Teragung


ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.
Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm.
Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil.

Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.
Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine.

Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.
Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Harun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi.

Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.

Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.

Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat. Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.

Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.

Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.

Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.

Daulah Khilafah

Secara ringkas, Imam Taqiyyuddin An Nabhani mendefinisikan Daulah Khilafah sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia (Imam Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi fil Islam).
Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah adalah hanya satu untuk seluruh dunia. Kerana nas-nas syara’ (nushush syar’iyah) memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara. Sebaliknya haram bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.

Apa Hukumnya Mendirikan Khilafah?

Kewajipan tersebut didasarkan pada nas-nas al-Qur`an, as-Sunnah, Ijma’ Sahabat, dan Qiyas. Dalam al-Qur`an Allah SWT berfirman:
Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…” (TMQ. Ali-’Imran [3]: 103).

Rasulullah SAW dalam masalah persatuan umat ini bersabda: “Barangsiapa mendatangi kalian - sedang urusan (kehidupan) kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah) - dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia!” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR. Muslim].

Di samping itu, Rasulullah SAW menegaskan pula dalam perjanjian antara kaum Muhajirin - Anshar dengan Yahudi: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Surat Perjanjian ini dari Muhammad - Nabi antara orang-orang beriman dan kaum muslimin dari kalangan Quraisy dan Yatsrib - serta yang mengikut mereka dan menyusul mereka dan berjihad bersama-sama mereka - bahawa mereka adalah umat yang satu, di luar golongan orang lain...” (Lihat Sirah Ibnu Hisyam, Jilid II, hal. 119).

Nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah di atas menegaskan adanya kewajipan bersatu bagi kaum muslimin atas dasar Islam (hablullah) - bukan atas dasar kebangsaan atau ikatan palsu lainnya yang dicipta penjajah yang kafir - di bawah satu kepemimpinan, iaitu seorang Khalifah. Dalil-dalil di atas juga menegaskan keharaman berpecah-belah, di samping menunjukkan pula jenis hukuman syar’ie bagi orang yang berupaya memecah-belah umat Islam menjadi beberapa negara, iaitu hukuman mati.

Selain al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ Sahabat pun menegaskan pula prinsip kesatuan umat di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. Abu Bakar Ash Shiddiq suatu ketika pernah berkata,”Tidak halal kaum muslimin mempunyai dua pemimpin (Imam).” Perkataan ini didengar oleh para Sahabat dan tidak seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, sehingga menjadi ijma’ di kalangan mereka.

Bahkan sebahagian fuqoha menggunakan Qiyas 'sumber hukum keempat' untuk menetapkan prinsip kesatuan umat. Imam Al Juwaini berkata,”Para ulama kami (mazhab Syafi’i) tidak membenarkan akad Imamah (Khilafah) untuk dua orang…Kalau terjadi akad Khilafah untuk dua orang, itu sama halnya dengan seorang wali yang menikahkan seorang perempuan dengan dua orang laki-laki!

Ertinya, Imam Juwaini mengqiyaskan keharaman adanya dua Imam bagi kaum muslimin dengan keharaman wali menikahkan seorang perempuan dengan dua orang lelaki yang akan menjadi suaminya. Jadi, Imam/Khalifah untuk kaum muslimin wajib hanya satu, sebagaimana wali hanya boleh menikahkan seorang perempuan dengan satu orang laki-laki, tidak boleh lebih. (Lihat Dr. Muhammad Khair, Wahdatul Muslimin fi Asy Syari’ah Al Islamiyah, majalah Al Wa’ie, hal. 6-13, no. 134, Rabi’ul Awal 1419 H/Julai 1998 M)

Jelaslah bahawa kesatuan umat di bawah satu Khilafah adalah satu kewajipan syar’i yang tak ada keraguan lagi padanya. Kerana itu, tidak menghairankan bila para imam-imam mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i, dan Imam Ahmad bersepakat bulat bahawa kaum muslimin di seluruh dunia hanya boleh mempunyai satu orang Khalifah saja, tidak boleh lebih:
“...para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) --rahimahumullah-- bersepakat pula bahawa kaum mulimin di seluruh dunia pada saat yang sama tidak dibenarkan mempunyai dua imam, baik keduanya sepakat mahupun tidak.” (Lihat Syaikh Abdurrahman Al Jaziri, Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416) Hukum menegakkan Khilafah itu sendiri adalah wajib, tanpa ada perbezaan pendapat di kalangan imam-imam mazhab dan mujtahid-mujtahid besar yang alim dan terpercaya.

Siapapun yang menelaah dalil-dalil syar’ie dengan cermat dan ikhlas akan menyimpulkan bahawa menegakkan Daulah Khilafah hukumnya wajib atas seluruh kaum muslimin. Di antara argumentasi syar’ie yang menunjukkan hal tersebut.

Dalil Al-Quran

Di dalam al-Quran memang tidak terdapat istilah Daulah yang bererti negara. Tetapi di dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan wajibnya umat memiliki pemerintahan/negara (ulil amri) dan wajibnya menerapkan hukum dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah SWT. Allah SWT berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul-Nya dan ulil amri di antara kalian.” (TMQ. An-Nisaa` [4]: 59).
Ayat di atas telah memerintahkan kita untuk mentaati Ulil Amri, iaitu Al Haakim (Penguasa). Perintah ini, secara dalalatul iqtidha`, bererti perintah pula untuk mengadakan atau mengangkat Ulil Amri itu, seandainya Ulil Amri itu tidak ada, sebab tidak mungkin Allah memerintahkan kita untuk mentaati pihak yang eksistensinya tidak ada. Allah juga tidak mungkin mewajibkan kita untuk mentaati seseorang yang keberadaannya berhukum mandub.

Maka menjadi jelas bahawa mewujudkan ulil amri adalah suatu perkara yang wajib. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati ulil amri, bererti Allah memerintahkan pula untuk mewujudkannya. Sebab adanya ulil amri menyebabkan terlaksananya kewajipan menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya ulil amri menyebabkan terabaikannya hukum syara’. Jadi mewujudkan ulil amri itu adalah wajib, kerana kalau tidak diwujudkan akan menyebabkan terlanggarnya perkara yang haram, iaitu mengabaikan hukum syara’ (tadhyii’ al hukm asy syar’ie).

Di samping itu, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk mengatur urusan kaum muslimin berdasarkan hukum-hukum yang diturunkan Allah SWT. Firman Allah SWT:
Maka putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (dengan) meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” (TMQ. Al-Ma’idah [5]: 48).
Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” (TMQ. Al-Ma’idah [5]: 49).

Dalam kaedah usul fiqh dinyatakan bahawa, perintah (kitab) Allah kepada Rasulullah juga merupakan perintah kepada umat Islam selama tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah ini hanya untuk Rasulullah (Kitabur rasuli kitabun li ummatihi malam yarid dalil yukhashishuhu bihi). Dalam hal ini tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah tersebut hanya kepada Rasulullah SAW.
Oleh kerana itu, ayat-ayat tersebut bersifat umum, iaitu berlaku pula bagi umat Islam. Dan menegakkan hukum-hukum yang diturunkan Allah, tidak mempunyai makna lain kecuali menegakkan hukum dan pemerintahan (as sultan), sebab dengan pemerintahan itulah hukum-hukum yang diturunkan Allah dapat diterapkan secara sempurna. Dengan demikian, ayat-ayat ini menunjukkan wajibnya keberadaan sebuah negara untuk menjalankan semua hukum Islam, iaitu negara Khilafah.

Dalil As-Sunah

Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa alasan. Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tak ada bai’ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah.” [HR. Muslim].
Nabi SAW mewajibkan adanya bai’at pada leher setiap muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Jadi hadis ini menunjukkan kewajipan mengangkat seorang Khalifah, yang dengannya dapat terwujud bai’at di leher setiap muslim. Sebab bai’at baru ada di leher kaum muslimin kalau ada Khalifah/Imam yang memimpin Khilafah.
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]
Rasulullah SAW bersabda: “Dahulu para nabi yang mengurus Bani Israil. Bila wafat seorang nabi diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku. Akan ada para Khalifah dan jumlahnya akan banyak.” Para Sahabat bertanya,’Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi menjawab,’Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajipan mereka.” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Bila seseorang melihat sesuatu yang tidak disukai dari amirnya (pemimpinnya), maka bersabarlah. Sebab barangsiapa memisahkan diri dari penguasa (pemerintahan Islam) walau sejengkal saja lalu ia mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.” [HR. Muslim].
Hadis pertama dan kedua merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah SAW bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai, dan bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum muslimin. Pernyataan Rasulullah SAW bahawa seorang Imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya faedah-faedah keberadaan seorang Imam, dan ini merupakan suatu tuntutan (thalab). Sebab, setiap pemberitahuan yang berasal dari Allah dan Rasul-Nya, apabila mengandung celaan (adz dzamm) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk meninggalkan (thalab at tarki), atau merupakan larangan (an nahy); dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan (thalab al fi’li). Dan kalau pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara’ atau jika ditinggalkan mengakibatkan terabaikannya hukum syara’, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bererti bersifat pasti (fardu). Jadi hadis pertama dan kedua ini menunjukkan wajibnya Khilafah, sebab tanpa Khilafah banyak hukum syara’ akan terabaikan.

Hadis ketiga menjelaskan keharaman kaum muslimin keluar (memberontak, membangkang) dari penguasa (as sulthan). Bererti keberadaan Khilafah adalah wajib, sebab kalau tidak wajib tidak mungkin Nabi SAW sampai begitu tegas menyatakan bahawa orang yang memisahkan diri dari Khilafah akan mati jahiliyah. Jelas ini menegaskan bahawa mendirikan pemerintahan bagi kaum muslimin statusnya adalah wajib.

Rasulullah SAW bersabda pula : “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksimal mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR. Muslim].
Dalam hadis ini Rasululah SAW telah memerintahkan kaum muslimin untuk mentaati para Khalifah dan memerangi orang-orang yang merebut kekuasaan mereka. Perintah Rasulullah ini bererti perintah untuk mengangkat seorang Khalifah dan memelihara kekhilafahannya dengan cara memerangi orang-orang yang merebut kekuasaannya. Semua ini merupakan penjelasan tentang wajibnya keberadaan penguasa kaum muslimin, iaitu Imam atau Khalifah. Sebab kalau tidak wajib, nescaya tidak mungkin Nabi SAW memberikan perintah yang begitu tegas untuk memelihara eksistensinya, iaitu perintah untuk memerangi orang yang akan merebut kekuasaan Khalifah.
Dengan demikian jelaslah, dalil-dalil As Sunnah ini telah menunjukkan wajibnya Khalifah bagi kaum muslimin.

Dalil Ijma’ Sahabat

Sebagai sumber hukum Islam ketiga, Ijma’ Sahabat menunjukkan bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin pengganti Rasulullah SAW hukumnya wajib. Mereka telah sepakat mengangkat Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq, Umar bin Khaththab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib, ridlwanullah ‘alaihim.

Ijma’ Sahabat yang menekankan pentingnya pengangkatan Khalifah, nampak jelas dalam kejadian bahawa mereka menunda kewajipan menguburkan jenazah Rasulullah SAW dan mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah pengganti beliau. Padahal menguburkan mayat secepatnya adalah suatu kewajipan dan diharamkan atas orang-orang yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah untuk melakukan kesibukan lain sebelum jenazah dikebumikan. Namun, para Sahabat yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah Rasulullah SAW ternyata sebahagian di antaranya justeru lebih mendahulukan usaha-usaha untuk mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah Rasulullah. Sedangkan sebahagian Sahabat lain mendiamkan kesibukan mengangkat Khalifah tersebut, dan ikut pula bersama-sama menunda kewajipan menguburkan jenazah Nabi SAW sampai dua malam, padahal mereka mampu mengingkari hal ini dan mampu mengebumikan jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya kesepakatan (ijma’) mereka untuk segera melaksanakan kewajipan mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah. Hal itu tak mungkin terjadi kecuali jika status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah lebih wajib daripada menguburkan jenazah.
Demikian pula bahawa seluruh Sahabat selama hidup mereka telah bersepakat mengenai kewajipan mengangkat Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapa yang tepat untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah SAW mahupun ketika pergantian masing-masing Khalifah yang empat. Oleh kerana itu Ijma’ Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat mengenai kewajipan mengangkat Khalifah.

Dalil Dari Kaedah Syar’iyah

Ditilik dari analisis usul fiqh, mengangkat Khalifah juga wajib. Dalam usul fiqh dikenal kaedah syar’iyah yang disepakati para ulama:
“Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna kecuali adanya sesuatu, maka sesuatu itu wajib pula keberadaannya.” Menerapkan hukum-hukum yang berasal dari Allah SWT dalam segala aspeknya adalah wajib. Sementara hal ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Maka dari itu, berdasarkan kaedah syar’iyah tadi, eksistensi Khilafah hukumnya menjadi wajib.

Jelaslah, berbagai sumber hukum Islam tadi menunjukkan bahawa menegakkan Daulah Khilafah merupakan kewajipan dari Allah SWT atas seluruh kaum muslimin.

Pendapat Para Ulama

Seluruh imam mazhab dan para mujtahid besar tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Syaikh Abdurrahman Al Jaziri menegaskan hal ini dalam kitabnya Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416:
“Para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) rahimahumullah telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang imam (khalifah) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya...”
Tidak hanya kalangan Ahlus Sunnah saja yang mewajibkan Khilafah, bahkan seluruh kalangan Ahlus Sunnah dan Syiah 'termasuk Khawarij dan Mu’tazilah' tanpa kecuali bersepakat tentang wajibnya mengangkat seorang Khalifah. Kalau pun ada segelintir orang yang tidak mewajibkan Khilafah, maka pendapatnya itu tidak perlu ditolak, kerana bertentangan dengan nas-nas syara’ yang telah jelas.

Imam Asy Syaukani dalam Nailul Authar jilid 8 hal. 265 menyatakan: “Menurut golongan Syiah, minoriti Mu’tazilah, dan Asy A’riyah, (Khilafah) adalah wajib menurut syara’.” Ibnu Hazm dalam Al Fashl fil Milal Wal Ahwa’ Wan Nihal juz 4 hal. 87 mengatakan: “Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh Murji`ah, seluruh Syi’ah, dan seluruh Khawarij, mengenai wajibnya Imamah (Khilafah).”
Bahawa Khilafah adalah sebuah ketentuan hukum Islam yang wajib bukan haram apalagi bid’ah - dapat kitab temukan dalam khazanah Tsaqafah Islamiyah yang sangat kaya. Berikut ini sekelumit saja rujukan yang menunjukkan kewajipan Khilafah:

Imam Al Mawardi, Al Ahkamush Shulthaniyah, hal. 5,
Abu Ya’la Al Farraa’, Al Ahkamush Shulthaniyah, hal.19,
Ibnu Taimiyah, As Siyasah Asy Syar’iyah, hal.161,
Ibnu Taimiyah, Majmu’ul Fatawa, jilid 28 hal. 62,
Imam Al Ghazali, Al Iqtishaad fil I’tiqad,hal. 97,
Ibnu Khaldun, Al Muqaddimah, hal.167,
Imam Al Qurthubi, Tafsir Al Qurthubi, juz 1 hal.264,
Ibnu Hajar Al Haitsami, Ash Shawa’iqul Muhriqah, hal.17,
Ibnu Hajar A1 Asqallany, Fathul Bari, juz 13 hal. 176,
Imam An Nawawi, Syarah Muslim, juz 12 hal. 205,
Dr. Dhiya’uddin Ar Rais, Al Islam Wal Khilafah, hal.99,
Abdurrahman Abdul Khaliq, Asy Syura, hal.26,
Abdul Qadir Audah, Al Islam Wa Audla’una As Siyasiyah, hal. 124,
Dr. Mahmud Al Khalidi, Qawaid Nizham Al Hukum fil Islam, hal. 248,
Sulaiman Ad Diji, Al Imamah Al ‘Uzhma, hal.75,
Muhammad Abduh, Al Islam Wan Nashraniyah, hal. 61,
dan masih banyak lagi yang lainnya.

Adapun buku-buku yang mengingkari wajibnya Khilafah - seperti Al Islam Wa Usululul Hukm oleh Ali Abdur Raziq, Mabadi` Nizham Al Hukmi fil Islam oleh Abdul Hamid Mutawalli, Tidak Ada Negara Islam oleh Nurcholis Madjid - sebenarnya tidak perlu dianggap sebagai buku yang serius dan bermutu. Sebab isinya bertentangan dengan nas-nas syara’ yang demikian jelas dan terang. Buku-buku seperti ini tak lain hanya sampah yang kotor yang merupakan penyambung lidah kaum kafir penjajah dan agen-agennya iaitu para penguasa muslim yang zalim yang selalu memaksakan sekularisme kepada umat Islam dengan berbagai argumentasi palsu yang berkedok studi “ilmiah” atau studi “sosiohistori-objektif”, dengan tujuan untuk menghapuskan hukum-hukum Allah dari muka bumi dengan cara menghapuskan idea Khilafah yang bertanggung jawab melaksanakan hukum-hukum tersebut.

Mengembalikan Kehidupan Islam

Rabu, 26 November 2008

PLURALISME AGAMA.....????

Strategi Barat, yang diketuai AS, dalam merencana pelbagai helah politik demi melanjutkan hegemoninya ke atas Islam dan kaum Muslimin mula terdedah apabila satu persatu rancangannya ditelanjangkan oleh para intelektual Islam yang ikhlas. Selain kegiatan imperialis melalui peperangan dan pembulian, Barat juga menaja beberapa agenda ‘halus’ berbentuk serangan ideologi, menyerang pemikiran umat Islam. Misalnya, pluralisme – fahaman meyeragamkan semua agama. Fahaman ini amat berleluasa sekarang khususnya di wilayah kaum Muslimin dan di Malaysia, ia diterjemahkan dalam bentuk kebangkitan gerakan seperti Inter-Faith Commission (IFC) yang dulunya dikenali sebagai Inter-Religion Council (IRC). Biarpun masih di peringkat proses penubuhan, IFC mampu mencetus suatu paradigma ‘religious-modernization’ di mana setiap agama bersekutu dalam sebuah institusi tunggal.

Reaksi terhadap usul penubuhan IFC disambut dengan pelbagai warna emosi masyarakat setempat - ada yang menyokong dan ada yang membantah. Majoriti masyarakat Islam di Malaysia membantah usul penubuhan tersebut kerana ianya membawa implikasi negatif bahkan dilihat sebagai mampu menghancurkan Islam serta ajaran sucinya. (Lawat http://www.geocities.com/bantah_ifc/ Perhatian - pihak mykhilafah.com tidak terlibat dalam isi kandungan yang luar dari laman web kami).

Pihak yang membantah melakukan pelbagai aktiviti dan kempen menerusi ceramah, kuliah, seminar dan lain-lain. Manakala yang menyokong pula cuba menyemarakkan usulnya melalui pendekatan yang lebih formal sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen BN Kelana Jaya, Loh Seng Kok, yang mengusulkan agar ditubuhkan Jabatan Kemajuan Agama-Agama di Malaysia (Jakam) dalam ucapannya di Dewan Rakyat ketika menyokong usul terima kasih terhadap titah Yang di- Pertuan Agong baru-baru ini. Secara tersiratnya, idea penubuhan Jakam dilihat sebagai ‘harm reduction’ kepada bantahan penubuhan IFC sehingga dapat mengalihkan fokus pembantah kepada Jakam pula. Sementara itu, kerajaan melalui kenyataan PM menegaskan pendirian harmoninya. Kerajaan menyarankan agar Dialog Antara Agama perlu digalakkan [Utusan Malaysia 16 Mac 2006] di kalangan rakyat Malaysia amnya. Persoalannya kini, apakah pandangan Islam terhadap interaksi keagamaan seperti IFC, Jakam dan sesuatu yang seumpamanya ? Dan bagaimana pula Islam mengatur permasalahan ini ? Sautun Nahdhah kali ini cuba menghuraikan permasalahan ini dengan seberapa ringkas yang mungkin agar pembaca budiman memahami kedudukan sebenar perkara ini.

Pluralisme : Modal Kufur Menghancurkan Islam

Pluralisme agama merujuk kepada suatu fahaman yang menyamakan semua agama dalam ertikata:

a. Kebenaran ada dalam semua agama, dan

b. Keselamatan boleh dicapai menerusi mana-mana agama.

Fahaman yang disebut dengan istilah transcendent unity of religions ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Rene Guenon, Titus Burckhardt, Fritjhof Schuon, Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr dan lainlain lagi. Fahaman ini mulai muncul secara meluas pada tahun 1932. Ketika itu, Perancis mengutuskan delegasinya untuk berunding dengan tokoh-tokoh ulama al-Azhar, Kaherah, dalam rangka membahas idea penyatuan tiga agama: Islam, Kristian dan Yahudi. Kegiatan ini kemudian diteruskan dalam Persidangan Paris tahun 1933. Persidangan ini dihadiri oleh para orientalis dan misionaris dari pelbagai universiti yang ada di Britain, Switzerland, Amerika, Itali, Poland, Sepanyol, Turki dan lain-lain. Persidangan Agama-agama Sedunia tahun 1936 merupakan persidangan agama terakhir sebelum Perang Dunia II.

Sepanjang dekad 70-an dan 80-an telah diadakan lebih dari 13 pertemuan dan persidangan Dialog Antara Agama dan Antara Peradaban. Yang paling menonjol adalah Persidangan Dunia II untuk Islam di Belgium. Persidangan ini dihadiri oleh 400 delegasi dari beraneka agama yang berbeza-beza. Selanjutnya adalah Persidangan Cordova di Sepanyol yang dihadiri oleh delegasi-delegasi Muslim dan Kristian dari 23 negara. Kedua persidangan ini diselenggara dalam tahun 1974. Setelah itu, Pertemuan Islam-Kristian pula diselenggarakan di Carthage, Tunisia, pada tahun 1979. Di akhir dekad abad yang lepas, pendokong propaganda Dialog Antara Agama mengadakan Persidangan Dialog Eropah-Arab tahun 1993 di Jordan. Persidangan ini kemudian disusuli dengan Persidangan Khartoum untuk Dialog Antara Agama tahun 1994. Pada tahun 1995, diadakan pula dua Persidangan tentang Dialog Antara Agama, yakni di Stockholm dan di Amman (Jordan). Kedua persidangan ini disusuli dengan Persidangan Islam dan Eropah di Universiti Ahlul Bait, Jordan pada tahun 1996. Kini di Malaysia, momentum pluralisme agama muncul selepas sebuah memorandum yang memuatkan usul penubuhan IFC dari Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh bertarikh 21 Ogos 2001 diketengahkan. Reaksinya, timbul kempen dari dua pihak yang bertentangan antara satu sama lain, penyokong dan pembangkang. Kemuncak pergelutan politik penubuhan IFC adalah selepas keputusan Pak Lah menangguhkan tempoh penubuhan organisasi tersebut. Isu ini tenggelam timbul rentetan kemelut kes kematian Abdullah Moorthy (alias S.Moorthy) dan isu memorandum tuntutan 9 Menteri bukan Islam terhadap pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Antara fasal yang terdapat dalam misi penubuhan IFC adalah berkaitan dengan hak menganut (aqidah) suatu agama selaras dengan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, bagi umat Islam yang berniat untuk murtad, maka IFC merupakan satu saluran yang sah disisi undang-undang Malaysia untuk merealisasikannya.

Kritikan Ke atas Pluralisme

Kemajmukan (plurality) adalah satu kewajaran yang tidak dapat dinafikan. Pengertiannya boleh menjurus kepada dua konteks, fizikal dan non-fizikal (pemikiran). Kemajmukan dalam konteks fizikal menyentuh tentang kemajmukan manusia ciptaan Allah sebagaimana yang ditinta dalam firmanNya; Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian terdiri dari lelaki dan wanita, serta telah menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kalian saling mengenali (satu sama lain). Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa. [TMQ al-Hujurat (49): 13]

Akan tetapi, menyamakan kemajmukan dengan ‘pluralisme’ adalah suatu kesalahan yang besar.

Memang benar, pluralisme adalah fahaman yang lahir dari konteks kemajmukan. Akan tetapi, sebagai satu fahaman, pluralisme jelas berbeza dari kemajmukan itu sendiri. Kepelbagaian pemikiran, pandangan, aliran, fahaman, agama dan ideologi, misalnya, jelas merupakan kenyataan yang tidak dapat dilepaskan dari fenomena kemajmukan. Namun, apabila muncul persoalan mengenai tuntutan kebenaran, yang sering diketengahkan oleh kelompok liberal dan orientalis akibat dari kedangkalan dan kejahilan mereka mengenai kebenaran Islam, maka wujudlah suara-suara yang cuba meletakkan konotasi pluralisme itu setara dengan kemajmukan sesebuah mayarakat. Di dalam fikiran mereka, sekiranya penganut fahaman tertentu (dalam kes ini Islam) mengaku dirinya benar, dan yang lain salah, pasti akan terjadi pemaksaan kebenaran yang dianutnya kepada orang lain; sesuatu yang menurut fikiran mereka akan menyebabkan hilangnya kemajmukan dan kebebasan. Oleh itu, kebenaran, bagi mereka ini, harus direlatifkan. Tidak ada sesiapapun yang boleh mengatakan bahawa fahamannyalah satusatunya fahaman yang benar. Situasi ini, pada pandangan mereka akan mewujudkan keamanan dan keadilan biarpun pada hakikatnya wujud perbezaan, perselisihan mahupun pertentangan terhadap idea/ pemikiran asas yang berkaitan dengan aqidah mereka. Inilah pekung yang sebenarnya membakar dada-dada penganut fahaman pluralisme.

Peristiwa Mubahalah Buat Muhasabah Kaum Muslimin

Dalam konteks mencari titik persilangan atau titik toleransi aqidah, pernah berlaku satu peristiwa yang dilalui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengenai isu ini ketika turunnya ayat 61 Surah Ali-’Imran;

“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: ‘Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.[TMQ Ali-’Imran (3):61]

Menurut periwayatan sahih yang tercatat di dalam kitab-kitab sahih, antaranya di dalam Sahih al-Bukhari daripada Huzaifah radhiallahu ‘anhu, dia berkata: Al-Aqib dan Al-Sayyid, ketua delegasi Najran datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk saling melaknat (Mubahalah). (Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: “Janganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.” Lalu akhirnya mereka berdua berkata: “Kami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah.” Rasulullah menjawab: “Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah.” Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: “Bangunlah wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.” Tatkala (Abu ‘Ubaidah) berdiri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Inilah orang amanah umat ini.” [HR Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah]

Nota : Perkataan Mubahalah berasal daripada kata bahlah atau buhlah yang bererti doa yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kutukan kepada lawan yang membangkang. Imbuhan Mubahalah menunjukkan wujudnya dua pihak yang saling melakukan perkara yang sama, dalam kes ini saling berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang mengingkari kebenaran. [Quraish Shihab – Tafsir al-Mishbah, jld. 2, ms. 105.] Jelas di dalam peristiwa ini, ternyata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak melakukan Dialog Antara Agama agar masing-masing bersepakat mencari titik persilangan yang mengharmonikan kemajmukan dalam beragama. Tidak akan berlaku tawar menawar dalam menetapkan kebenaran Islam. Dalam kes lain pula, menurut suatu riwayat At-Tabrani, Abdurrazaq, Ibnu Abi Hatim, turunnya surah Al- Kaafirun mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menolak tawaran toleransi kaum kafir

Quraisy untuk menyembah Allah serta berhala-berhala mereka secara berkala (sistem penggiliran). Di samping itu turun pula ayat 64 Surah Az-Zumar sebagai mengecam tindakan kafir Quraisy tersebut; “Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orangorang musyrik itu: ‘Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian’), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?”

Islam : Ideologi Penyebar Rahmat

Kebenaran Islam adalah sesuatu yang pasti. Tidak ada tawar menawar, jual beli ataupun dialog dalam memastikan kebenaran Islam. Hanya Islamlah satusatunya ad-Deen yang benar yang diturunkan Allah, mengatasi seluruh cara hidup dan isme-isme yang lain. Dan Islam di turunkan bukan hanya untuk umat Islam, bahkan untuk seluruh makhluk Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Tiadalah Kami mengutusmu (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.

[TMQ Al-Anbiya’(21): 107]

Ayat ini merupakan jaminan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala bahawa Islam yang dibawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, jika diterapkan secara menyeluruh dan benar, pasti akan membawa rahmat bagi manusia dan seluruh alam. Penerapan secara menyeluruh membawa erti bahawa hukum-hukum Islam wajib diterapkan secara kâffah dalam seluruh aspek kehidupan. Sementara secara benar pula bererti penerapan ini haruslah sesuai dengan mekanisme yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya, yakni melalui institusi negara (Daulah Khilafah Islamiyyah). Bagaimanakah caranya agar Islam dapat menjadi rahmat bagi seluruh alam (rahmat[an] li al-’âlamîn)? Secara umumnya, ini akan terealisasi melalui:

1. Menerapkan syariat Islam secara kâffah dalam wadah Khilafah Islamiyyah

Para ulama dan cendekiawan Islam yang soleh memahami bahawa Khilafah adalah kewajiban mendasar di antara kewajiban-kewajiban utama dalam agama Islam. Kewajiban ini bahkan merupakan kewajiban terbesar (al-fardh al-akbar) kerana merupakan titik tolak bagi pelaksanaan seluruh kewajiban lain. Banyak hukum tidak akan dapat didirikan tanpa adanya Khilafah seperti hukum-hukum yang terkait dengan sistem ekonomi, pendidikan, sosial, pengadilan, keamanan, politik dan ketenteraan (termasuk di dalamnya jihad dan perjanjian dengan negara-negara asing). Oleh kerana itu, kelalaian kaum Muslimin dalam melaksanakan kewajiban menegakkan Khilafah ini termasuk dalam salah satu dosa besar. Berkaitan dengan hal ini, Imam Ahmad, melalui riwayat dari Muhammad bin Auf bin Safyan al-Hamashi, mengatakan,

Fitnah akan terjadi manakala tidak ada Imam/Khalifah yang melaksanakan urusan orang banyak.” [Abu Ya’la al-Farra’, Al-Ahkâm as- Sulthâniyah, hlm. 19]

Ibn Taimiyah, juga menyatakan, “Usaha menjadikan kepemimpinan (Khilafah) sebagai bahagian dari agama dan sarana untuk bertaqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah sebuah kewajiban.” [Ibn Taimiyah, As-Siyâsah asy-Syar’iyyah, hlm. 161]

Hal senada juga diungkapkan oleh Ibn Khaldun, yang menyatakan, “Sesungguhnya mengangkat Imam/ Khalifah adalah wajib. Kewajibannya dalam syariat telah diketahui berdasarkan Ijma’ Sahabat dan Tâbi’în (generasi pasca sahabat). Ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam wafat, para sahabat beliau segera membai’at Abu Bakar radiallahu ‘anhu dan menyerahkan pertimbangan tentang berbagai urusan mereka kepadanya. Demikian pula yang dilakukan oleh kaum Muslim pada setiap masa yang ada; tidak pernah terjadi kekacauan di tengah-tengah umat manusia. Realiti seperti ini sekaligus merupakan ijma’ yang menunjukkan pada adanya kewajiban mengangkat Imam/Khalifah.” [Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah, hlm. 167]

2. Menyebarluaskan Islam ke seluruh dunia melalui dakwah dan jihad

Dakwah adalah seruan kepada orang lain untuk memeluk Islam atau agar melakukan kemakrufan dan mencegah kemungkaran. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah keadaan yang rosak dan tidak Islami menjadi baik sesuai dengan Islam. Oleh itu, dakwah bukanlah sekadar seruan kepada orang lain agar melakukan kebaikan, bahkan perlu disertai dengan usaha untuk melakukan perubahan. Perubahan yang dimaksud adalah mengarahkan ‘segala hal’ yang tidak sesuai dengan Islam menjadi sesuai dengan syariat Islam. Ini meliputi seluruh aspek; sosial, pemerintahan, ekonomi, pendidikan, dan sebagainya; baik yang dilakukan oleh individu, kelompok, sekalipun negara. Dengan dakwah, orang-orang kafir diseru untuk memeluk Islam; orang-orang Islam diseru untuk menerapkan Islam secara sepenuhnya serta menegakkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran. Dengan demikian, dakwah pada hakikatnya bukan hanya ‘menguntungkan’ kaum Muslimin semata, namun juga menguntungkan seluruh umat manusia. Ini adalah kerana dakwah mengajak seluruh umat manusia untuk melaksanakan kebaikan yang diserukan Allah dalam firman-firmanNya dan memperoleh kemaslahatan hidup atas hikmah syariatNya. Demikian juga dengan jihad. Jihad dalam pandangan Islam bertujuan untuk menghilangkan kekufuran di muka bumi dan menundukkan negara-negara kafir demi menyebarkan Islam. Dengan jihad, keagungan, ketinggian, dan kemuliaan Islam akan nampak dan dengannya juga, kezaliman dan kekufuran akan ditundukkan. Jihad bahkan merupakan ketetapan yang efektif dalam menyebarkan Islam sebagai rahmat ke seluruh dunia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Perangilah mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekufuran) dan (kemenangan) agama ini hanyalah milik Allah. [TMQ al-Baqarah (2): 193]

Agenda Kita

Dengan menyedari jalan-jalan yang ditempuh oleh kaum kafir untuk menghancurkan Islam, maka kita mampu untuk lebih hati-hati ketika memahami sesuatu kejadian di hadapan kita. Kita haruslah melihat setiap peristiwa dari konteks apakah peristiwa tersebut terkait atau tidak dengan usaha menghancurkan Islam. Bagi menghadapi usaha-usaha busuk kaum kafir ini, beberapa agenda umum boleh dijalankan oleh para pencinta dan pengembang dakwah Islam:

1. Melakukan tatsqîf di tengah-tengah umat

Semua usaha untuk menghancurkan Islam akan lebih mudah dihadapi sekiranya umat Islam secara umumnya kebal dari pengaruh yang rosak. Pembinaan (tatsqîf) di tengah umat adalah dalam rangka memberikan ‘imunisasi’ pemikiran mereka dengan tsaqâfah (ilmu dan budaya) Islam, dan melatih ketahanan jiwa mereka secara berterusan supaya tetap berada di dalam suasana taqarrub ilallâh (mendekatkan diri kepada Allah). Tatsqîf ini boleh dilakukan secara individu mahupun secara kolektif. Kaedah tatsqif ini boleh dikembangkan dengan pelbagai cara sesuai dengan sumberdaya dakwah yang ada dan sasaran dakwah yang dihadapi.

2. Melakukan Kasyf al-Khuththath dan as-Sirâ’ al-Fikrî

Tindakan menghancurkan Islam ada kalanya dilakukan secara tidak sengaja oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak sedar dirinya diperalatkan oleh penjajah. Oleh itu, membongkar agenda tersembunyi penjajah (kasyf alkhuthath) wajib dilakukan. Para pejuang Islam wajib menganalisa peristiwa-perisitiwa di dunia untuk melihat kaitan-kaitan politik yang selalunya tidak disedari oleh orang awam. Mereka juga wajib untuk terus melakukan pertembungan pemikiran agar kepalsuan pemikiran kufur terserlah dan cahaya pemikiran Islam menerangi kegelapan. Jika pemikiran-pemikiran ini tidak ditunjukkan kekeliruannya, maka umat akan menyangka itulah piawai kebenaran yang ada.

3. Membangun kesedaran politik dan memberi gambaran Islam sebagai penyelesaian yang pasti

Kesedaran politik yang benar wajib dijelaskan di tengah umat. Yang dimaksudkan dengan politik di sini bukanlah politik pragmatik dalam meraih pengaruh atau kekuasaan, tetapi adalah politik Islam yang akan membebaskan manusia dari penindasan dalam segala aspek, menuju pada keredhaan Allah semata-mata. Untuk itu, mahu tidak mahu, para aktivis dakwah wajib mempunyai kemampuan untuk memberikan gambaran Islam sebagai penyelesaian atas segala masalah manusia. Penerapan syariat Islam tidak akan menimbulkan masalah baru. Para pengembang dakwah wajib mengkaji Islam beserta ilmu-ilmunya secara mendalam serta menyeluruh supaya mampu memberikan gambaran seperti ini. Untuk itu, diperlukan para da’i yang terbina syakhsiyyahnya.

4. Membangun pendukung politik Islam, Khilafah

Dengan tumbuhnya kesedaran politik di tengah-tengah masyarakat bererti telah tersedia ‘perkakasan’ (iaitu sumber manusia) dan ‘perisian’ (iaitu konsep penyelesaian) yang diperlukan untuk membangun institusi politik Islam, iaitu Khilafah. Yang perlu dilakukan selepas itu adalah bagaimana perkakasan dan perisian ini dapat diperbesarkan dan diperkuatkan sehingga institusi politik ini benar-benar dapat ditegakkan dan dipertahankan. Menegakkan dan mempertahankan institusi politik ini bukan perkara mudah. Namun, dengan adanya institusi ini, usaha untuk menghentikan proses menghancurkan Islam akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan cekap. Khilafah boleh melakukan kempen syariat yang berkesan secara politik, menyusun semula sistem pendidikan dan menghentikan semua bentuk celaan ke atas Islam. Khilafah, dengan segenap mekanismanya juga akan memulihkan kedangkalan aqidah yang telah sekian lama menimpa umat Islam.

Khatimah

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membongkar sikap kufur Barat terhadap Islam di dalam kalamNya;

Mereka (musuh Allah) hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). [TMQ At-Taubah (9): 32]

Perencanaan mereka melalui segala bentuk serangan, baik fizikal mahupun pemikiran dapat dikesan melalui kesedaran umat yang berfikir. Dengan kesedaran ini, umat pasti akan bangkit bersama menyerang balas, berjuang mengembalikan hak Islam dan umatnya. Pluralisme adalah satu agenda ‘halus’, dan merupakan salah satu alat serangan mereka yang membenci Islam ke atas pemikiran umat Islam. Hakikatnya, fahaman dangkal ini hanya akan menikam diri mereka sendiri. Biar apapun bentuk pertubuhan yang dibina atas kepalsuan yang mengkhayalkan, kebenaran yang dijelaskan Islam melalui pemikirannya yang unggul tidak akan goyah atau dapat dirempuh oleh mana-mana pemikiran lain kerana sumber utama pemikiran Islam adalah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sang Pencipta.

Wahai saudaraku, serangan pemikiran ke atas Islam secara massa, seperti yang wujud hari ini, tidak akan dapat dilakukan oleh kaum kuffar sekiranya Daulah Khilafah wujud untuk mempertahankan kesucian Islam. Kemuliaan Islam dan umatnya pasti akan terserlah dengan berdirinya Khilafah – yang bertugas mempertahankan Islam dan umatnya serta mencurahkan kerahmatan kepada seluruh umat manusia. Oleh itu, usaha yang serius dan bertali-arus haruslah dimulakan dari sekarang – usaha oleh setiap individu Muslim yang cintakan Islam - agar Khilafah menjadi realiti. Hanya dengannyalah kemuliaan dan keunggulan Islam akan kembali menerangi kegelapan yang sudah terlalu lama merangkumi bumi Allah ini.

Islamu ya’lu walaa yu’la ‘alaih !

Source: mykhilafah.com

Isnin, 24 November 2008

Hakikat Sekularisme Dan Kaedah Penyebarannya

Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil "al-'Ilmaniyyah" diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa arab = 'ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada "al-'Ilmaniyyah" hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah "al-Ladiniyyah" yakni tanpa agama atau "al-La'aqidah" yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.

Istilah "al-'Ilmaniyyah" dipilih untuk mengabui mata umat Islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah "al-Ladiniyyah" atau "al-La'aqidah", sudah pasti umat Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah "al-'Ilmaniyyah" dengan tujuan mengabui mata dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka memang telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi ulama-ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian pula menentang penyebaran fahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat Islam. Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan "hakikat" masing-masing.

1.0 SEKULARISME ANTARA TIMUR DAN BARAT

Tidak menghairankan jika fahaman sekularisme mendapat tempat di barat. Ini berpunca dari pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan penemuan sains. Ia bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati manusia, dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah.

Eropah pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti "memisahkan agama (Kristian) dari negara". Suasana kacau bilau dalam agama Kristian hasil penyelewengan yang berlaku dalamnya (-ia berpunca dari perancangan yahudi-) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama Kristian yang sedia ada. Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kepompong gereja yang begitu teruk mengongkong pengikutnya. Masyarakat Eropah tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan gereja. Bagi pejuang sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai kemajuan. Sebab itulah mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja dan menjadi orang yang beragama Kristian hanya pada nama tidak pada pengamalan agama.

Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut fahaman sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja.

Apabila fahaman sekularisme ingin dipindakan dari barat ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yang berpegang kuat dengan agama Islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama (Islam) dari negara. Keadaan dalam Islam tidak sama dengan apa yang terjadi dalam Kristian di mana sepanjang sejarah Islam tidak ada penzaliman terhadap penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan pemisahan agama (Islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh Islam ialah sebahagian dari agama bukannya satu perkara yang berasingan. Dalam Islam, tidak mungkin tertegaknya agama (dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama) dan tidak mungkin tertegaknya negara (tanpa kacau bilau) jika tidak ada agama (yang boleh memandunya).

Al-Syahid Hasan al-Banna dalam "Majmu'ah Rasa'il" menegaskan bahawa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al-Baqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba' ayat 15), bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah Al-Nisa' ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain.

Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme di sampingnya dengan membahagikan tugas antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi di dalam urusan akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci. FirmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam", surah Al-Imran ayat 19.

Jadi untuk menyamakan Islam dengan agama Kristian dan percubaan memasukkan fahaman sekular ke dalam Islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. Islam tidak seperti kristian kerana Islam datang dari Pencipta manusia iaitu Allah s.w.t, ia selamat dari cacat cela. Kristian pada asalnya agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh paderi-paderi untuk kepentingan mereka. Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari fahaman kufur ini dan tidak ada kena mengena dengannya. Sesiapa sahaja daripada umat Islam yang mengagungkan sekularisme iaitu dengan menganggap untuk maju tidak perlu beramal dengan Islam maka boleh membahayakan akidahnya.

Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan “politik suku agama suku” tetapi dengan menyempitkan ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima pakai manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi. Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 85, maksudnya : "adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya? Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keseluruhannya".

2.0 CARA-CARA PENYEBARAN SEKULARISME

Semenjak penjajah barat meletakkan kaki mereka ke bumi umat Islam, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara penyebaran fahaman sekularisme ini dilaksanakanan melalui bidang pendidikan, media massa dan undang-undang. Tujuannya hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.

2.1 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN

Antaranya ialah :

1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral:-

i. Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan agama). Pengajian sebegini akan dibantu dan dibangunkan serta diberi kemudahan dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan bantuan kewangan ataupun tidak dibantu langsung. Sebarang bantuan lebih dicurahkan kepada pengajian sekularisme.

ii. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama dan guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang disengajakan. Begitu juga membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Dari segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang disamping ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak mudah mendapat peluang dengan habuan dan status yang lumayan. Mereka ini akan tenggelam dalam "ketidaksedaran" dan akan menyebabkan orang ramai tidak kira tua muda akan lari dari agama dengan terpahat satu sikap dalam minda mereka iaitu "jika kita memilih bidang agama ianya tidak akan ke mana dan tidak akan menjamin hidup", maka dengan itu mereka lebih cenderung kepada pengajian bidang bukan agama.

Bukanlah bermaksud di sini umat Islam tidak boleh mempelajari ilmu-ilmu selain dari ilmu Islam. Malah sebenarnya tidak ada istilah ilmu "bukan Islam", seperti kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Ia juga merupakan ilmu Islam. Yang menjadi persoalannya ialah umat Islam telah diabaikan dari segi penekanan ilmu agama yang sepatutnya menjadi teras kepada mereka. Tidak salah seorang muslim itu menjadi doktor, tetapi biarlah dia menjadi doktor yang ada asas didikan Islam. Juga tidak salah seorang muslim itu menjadi jurutera, tetapi biarlah menjadi jurutera yang ada asas didikan Islam.

2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan akan menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya barat. Di samping itu, akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat (kelakuan) yang menyeleweng dari ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng ini akan menjadi sebati dengan diri pelajar itu dan dia akan mempraktikkannya dalam kehidupannya sehinggakan dalam bab makan minum, pakaian, cara pergaulan dan lain-lain tabiat yang buruk. Dia akan menjadi lebih barat daripada orang-orang barat sendiri.

3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik. Residen Britain di Mesir Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir telah melaung-laungkan slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajiannya. Percampuran ini menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama. Beberapa sukatan pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan jihad menyebabkan ruh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran sukatan pengajian agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk melemahkan pelajar-pelajar Islam.

4. Bercambahnya institusi pengajian asing di negara Islam bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah mereka. Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab (bahasa umat Islam) dan mengagungkan bahasa asing. Penghinaan bahasa arab sebenarnya menghinakan agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab.

5. Paling bahaya cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara Islam dengan mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka telah tersilap kerana ia antara punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang tidak dikawal. Ilmu sains membuktikan percampuran sebegini akan membawa kepada 2 keadaan :

i. Samada ia akan membekukan nafsu seks antara 2 jantina, dengan erti kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabii tetapi lebih bernafsu kepada kaum sejenis (satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah s.w.t). Penyakit ini semakin menular di negara-negara barat dan juga Amerika Syarikat.

ii. Ataupun ia akan meransangkan lagi api nafsu. Satu eksperimen telah dijalankan dengan meletakkan anak kucing dan anak tikus yang masih kecil dalam satu sangkar. Kedua-duanya makan dan minum dari satu bekas yang sama sehinggalah sampai masa "keinginan", anak kucing itu telah membunuh anak tikus dan memakannnya walapun kedua-duanya hidup dalam satu sangkar serta makan dan minum dari bekas yang sama. Anak kucing itu tidak lagi menaruh sifat kasihan walaupun agak lama "berdamping" dengan anak tikus itu. Begitulah diibaratkan dengan percampuran pelajar dengan sebebas-bebasnya tanpa kawalan, lama kelamaan akan membawa ke arah masalah sosial. Realiti yang berlaku di negara-negara Islam adalah bukti yang nyata betapa teruknya masalah sosial yang berlaku.

2.2 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA

Jikalau sekularisasi dalam pengajian hanya melibatkan ribuan pelajar, tetapi sekularisasi dalam media massa meliputi jutaan orang yang menonton, mendengar dan membacanya melalui program-program yang disediakan. Setiap perkataan atau tulisan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dengan izin Allah. Manakala perkataan atau tulisan yang jahat pula akan menghasilkan natijah yang jahat juga. Oleh itu media massa boleh berperanan untuk mengangkat martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang atau ia juga boleh berperanan untuk menjatuhkan martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang.

Realiti yang dapat dilihat melalui televisyen, radio, wayang gambar, teater, akhbar, majalah dan lain-lain media massa tidak banyak yang membantu perkembangan nilai-nilai murni. Ia juga tidak membantu perkembangan minda dan pengamalan dengan akhlak Islam. Jikalau adapun, ia hanya seperti tangkap muat dan pemanis mulut, tidak lebih dari itu. Rancangan-rancangan televisyen yang menyiarkan gambar separuh bogel atau "tidak sempat memakai baju dan seluar" banyak disiarkan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya golongan muda mudi. Sepatutnya media massa itu menjadi "mimbar dakwah" yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran, bukannya suara maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja sekularisme yang berusaha menjauhkan umat Islam dari agamanya.

2.3 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG

Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari "kuasa" pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam apahal sekalipun sehinggakan Islam kelihatan tinggal rangkanya sahaja. Ia terjadi di kebanyakan negara Islam. Di Turki contohnya, untuk menjauhkan manusia dari Islam, mereka berusaha mensekularkan undang-undang sedikit demi sedikit hingga akhirnya undang-undang Turki menjadi sekular dan terlerainya undang-undang khilafah Islam. Di Mesir "pengsekularan" undang-undang dilakukan ketika penjajahan Inggeris dengan mewajibkan merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dan undang-undang Perancis secara khususnya.

Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kahwin (Ahwal Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah. Umat Islam boleh mengamalkan undang-undang ini di kalangan mereka tetapi untuk mengamalkan undang-undang yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara, jenayah dan lain-lain tidak diizinkan oleh penjajah. Ini adalah perancangan jahat golongan sekular. Mana-mana negara Islam yang ingin melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.

Ini adalah sebahagian perancangan yang dilakukan oleh golongan sekular untuk memesongkan umat Islam dari beramal dengan agamanya mengikut jalan yang betul. Sesiapa yang hatinya kosong dari ruh agama pasti menganggap sekular itu adalah kemajuan dan kemodenan tetapi dia tidak sedar bahawa ketika dia menerima dan mendokong sekularisme, dia telah merenggangkan ikatan tali dirinya dengan Islam yang dianutinya. Umat Islam perlulah sedar perancangan-perancangan golongan sekular ini agar mereka tidak terjatuh ke dalam perangkap yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.

Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua-duanya adalah berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata : "sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil". Maka umat islam perlulah mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Untuk mengetahui yang hak dan yang batil menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Artikel ini dipetik dan diubah suai dari buku "Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-Mu'asharah" karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, pensyarah jabatan akidah dan falsafah, kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar Mesir)

Jumaat, 21 November 2008

Sudah bersediakah kita?

video

Untuk renungan kita bersama..............

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Khamis, 20 November 2008

KERANA CINTA........

Tazkirah Nasyid.......

Hayati nasyid ini. Hayati bait demi bait. Walaupun ia hanya untuk hiburan tetapi hiburan yang mendidik jiwa.

Semoga kita diberkati Allah.

video

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul

Khusus buat diriku dan para pelajar yang dikasihi,

Moga berjaya dalam peperiksaan STPM.......Sejarah 1 A ! ( Insyaallah )Thumbs-up


Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan. "

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba- Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.