ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Jumaat, 3 Oktober 2008

SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI SABAH 2008

Bahagian A


1. Masyarakat India di Lembah Indus mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Bincangkan.

2. Huraikan faktor-faktor pembentukan Negara Bangsa pada sekitar abad ke-15 di Eropah.

3. Jelaskan peranan orang laut dalam sejarah ketahanan dan pertahanan di Alam Melayu.

4. Bincangkan sistem ekonomi zaman kemuncak pertengahan Eropah dan huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalis.

5. Jelaskan sistem pendidikan Negara kota Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani.

6. Huraikan konsep humanisme dan individualisme dan kesannya terhadap masyarakat Eropah.

7. Bincangkan faktor yang mendorong kuasa barat melakukan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan ke-16 Masehi.
8. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan senibina tamadun awal.

Bahagian B

9. Kehidupan manusia di Zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk kepada masyarakat Tanah Arab.

10. Bandingkan sistem pemerintahan di antara kerajaan Khulafa Ar Rasyidin dengan kerajaan Melayu Melaka.

11. Terangkan konsep ketahanan dan pertahanan, serta bandingkan objektif peperangan dalam Tamadun Barat dan Tamadun Islam.
12. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi Islam? Bincangkan sumber-sumber ekonomi Islam pada Zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Al-Rasyidin.

13. Bincangkan bentuk pendidikan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Makkah dan Madinah.

14. Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah merupakan intelektual Islam yang terkemuka dan terkenal.Huraikan sumbangan dan peranan tokoh-tokoh tersebut.

15. Bincangkan konsep penjalajahan dan penerokaan dari perspektif Islam. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan tersebut.

16. Seni bina Islam berkembang sejak Zaman Nabi Muhammad (saw) sehingga kini. Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan perkembangan seni bina Islam di Alam Melayu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tema ksih kerana mendedahkan soalan ini dlm blog....

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.