ENJIN CARIAN BAHAN

Jumaat, 17 Oktober 2008

Soalan Percubaan Sejarah 1 Daerah Gombak dan Daerah Sabak Bernam 2008

Soalan Peperiksaan Setara Daerah Gombak 2008

Bahagian A

1.Jelaskan konsep organisasi sosial dan bandingkan sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba.
2.Bandingkan ciri2 negara kota Athens Dan Sparta.
3.Huraikan organisasi ketenteraan dalam kerajaan Majapahit dan Srivijaya di Alam Melayu.
4.Huraikan faktor2 yg mempengaruhi perkembangan perdagangan di nusantara sebelum abad ke-15.
5.Jelaskan dasar dan kokurikulum pendidikan dalam tamadun India pada zaman klasik.
6.Kelahiran pelbagai aliran pemikiran baru pada zaman Renaissance mempengaruhi perkembangan masyarakat eropah.Bincangkan.
7.Bincangkan faktor2 yg menggalakkan penerokaan dan penjelajahan org eropah pada abad ke 15 dan 16 serta kesan2 aktiviti tersebut.
8.Sejauh manakah tamadun Mesopotamia mempunyai pencapaian yg tinggi dalam bidang kesenian.

Bahagian B

9.Huraikan kepentingan hijrah dalam sejarah Islam?
10.Huraikan pembaharuan dalam sistem pentadbiran Islam pada zaman Umar al-Khattab.
11.Bincangkan kepentingan Piagam Madinah kpd masyarakat dan negara Islam.
12.Bincangkan aspek kepimpinan Nabi Muhammad sebagai tokoh ketenteraan dunia.
13.Institusi zakat merupakan institusi penting dlm ekonomo Islam.Jelaskan fungsi dan perlaksanaan zakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin hingga zaman Bani Umayyah.
14.Huraikan peranan yg dimainkan oleh institusi pendidikan yg terdapat dalam sistem pendidikan di Acheh/
15.Dengan memberikan contoh yang sesuai,jelaskan faktor kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam.
16.Huraikan tahap2 ekspedisi dan sumbangan Ibnu Battutah dalam bidang pelayaran.

==========================================================

Soalan Peperiksaan Setara Daerah Sabak Bernam 2008

Bahagian A

1.Bincangkan faktor2 utama yang mendorong kemunculan bandar pada zaman tamadun awal.
2.Huraikan tentang sistem pemerintahan prepublik yg diamalkan dalam tamadun Rom.
3.Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Maciavelli dalam bidang ketenteraan.
4.Nyatakan inisiatif yg diambil oleh pemerintah Melaka untuk memajukan perdagangan pada abad ke-15.
5.Bincangkan dasar pendidikan di India sblum kedatangan Islam.
6.Terangkan sumbangan tamadun China dalam bidang astronomi pada zaman klasik.
7.Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan orang2 Arab dengan orang2 Eropah.
8.Apakah yang dimaksudkan dgn negara kota?Bandingkan sistem pemerintahan negara kota Athens di Yunani dan Madinah di Tanah Arab.

Bahagian B

9.Bandingkan ciri2 kehidupan masyarakat Makkah dan Madinah sebelum kedatangan Islam.
10.Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan yg terbaik dalam kepimpinan baginda.Bincangkan.
11.Huraikan struktur organisasi ketenteraan pada zaman Turki Uthmaniah.
12.Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yg diamalkan di Barat.
13.Huraikan pendidikan tidak formal dan institusi pendidikan Islam dalam tamadun Melayu.
14.Bincangkan faktor2 yg membawa kpd kemunculan pelbagai Mazhab dalam Islam.
15.Bandingkan antara sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman Khulafa al-Rasyidin dengan zaman Bani Umaiyyah.
16.Huraikan etika2 peperangan yang dianjurkan dalam Islam.

Mohd Ariff
SMK HULU KELANG

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.