ENJIN CARIAN BAHAN

Rabu, 8 Oktober 2008

SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 DAERAH KLANG , SELANGOR 2008

Bahagian A

1. Sungai dan laut adalah memainkan peranan yang penting dalam pembinaan tamadun manusia. Bincangkan.

2. Berdasarkan contoh-contoh daripada empayar awal di China, India dan Rom, huraikan langkah -langkah yang diambil oleh pemerintah bagi mengukuhkan empayar.

3. Niccolo Machiavelli merupakan tokoh pemikir ketenteraan yang telah banyak menyumbang kepada taktik dan strategi dalam ketahanan dan pertahanan di Eropah. Huraikan.

4. Jelaskan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Melayu tradisional di Alam Melayu sebelum abad ke - 15 Masihi.

5. Bincangkan perkembangan institusi pendiddikan dalam tamadun India pada zaman klasik.

6. Bincangkan pencapaian sistem pendidikan dalam tamadun China

7. Bincangkan faktor yang mencetuskan perkembangan dan peningkatan kegiatan intelektual dalam Zaman Graeco - Roman.

8. Bandingkan sumbangan Socrates dan Al-Kindi dalam bidang falsafah.


Bahagian B

9. Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

10. Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda. Bincangkan.

11. Bincangkan kesan -kesan Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah.

12. Jelaskan jenis-jenis zakat dan kepentingannya dalam menjana ekonomi umat Islam.

13. Sistem pendidikan Islam di timur tengah banyak mempengaruhi sistem pendidikan di Alam Melayu.Jelaskan

14. Bincangkan faktor- faktor yang mendorong Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M.

15. Huraikan konsep ketahanan dan pertahanan mengikut perspektif islam dan bandingkan dengan konsep ketahanan dan pertahanan Arab pada zaman Jahiliyah.

16. Apakah yang dimaksudkan dengan negara kota? Bandingkan sistem pemerintahan negara kota Athens di Yunani dan Madinah di Tanah Arab.


Sumbangan : salikin37@yahoo.com

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.