ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 6 Oktober 2008

Sambut Raya lagi !

Hari ini ramai pelajar SMK DARY sambung cuti raya. Hampir suku dari bilangan pelajar tak hadir. Semua masih dalam mood hari raya termasuklah guru-gurunya.

Kertas ujian percubaan Sejarah STPM pun masih belum habis semak. Cuti raya tak sentuh langsung pun. Rasanya kamu semua pun tak dapat ulangkaji masa cuti hari tu. Betul tak ?

Saya juga nak ucapkan takziah kepada Megat kerana 'pemergian' ayah yang disayanginya. Saya baru tahu tadi....Saya dapat merasai kesedihannya kerana saya telah mengalaminya. Diharap bersabar dan redha dengan ketentuanNya.

Petang ada jamuan hari raya peringkat sekolah. Semua pelajar tingkatan 6 Atas dijemput. Jamuannya ala kadar jer.....bajet ciput la tu. Bukan senang nak sediakan juadah tu.....ramai !

Pasal Sejarah 1, saya tak lupa juga nak berpesan, ulangkaji naklah diteruskan. Tak faham tanya saya. Saya ulang.....tanya saya ! Buat perbincangan kumpulan sekurang-kurangnya dua orang sama jantina. ( lain jantina lain jadinya.....).

Segala yang nak saya bagi, saya dah bagi.....beri fokus kepada soalan tumpuan saya termasuk soalan percubaan Perak ( fotostat skema daripada saya nanti) dan soalan percubaan negeri lain.

Waktu yang terbatas ni, jangan sembang kosong. Jika ada masa senggang, guna yang bermanfaat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehe...........

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.