ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 29 Julai 2008

Mesyuarat Sejarah 1.....

Saya bertugas di Manjung pada hari Rabu dan Khamis ini. Waktu P&P Sejarah 1 bagi semua kelas saya, sila siapkan bahan untuk pembentangan yang saya telah tetapkan. Tidak boleh guna untuk subjek lain.....Hanya Sejarah 1 sahaja.
OK.

Prasangka......

Saya tak tahu nak mulakan bagaimana.................... Tapi saya mulakan begini........

Berdasarkan pertemuan dengan beberapa pelajar, saya merasakan ada hubungan yang lompang antara kita. Ada sedikit salah tanggapan antara kamu (pelajar) dengan saya. Ada yang beranggapan saya yang menjadi pengheboh yang menceritakan hal-hal kome tu kepada guru-guru lain. Maknanya dari saya le hal-hal peribadi kome tu tersebar dikalangan guru. Begitulah lebih kurang senario yang tengah bermain kat kepala saya ni.

Sebenarnya saya bukan jenis macam tu. Saya tak tau banyak hal kome. Apa yang saya tau adalah apabila cikgu lain merujuk dan menceritakankan kepada saya. Sebab saya guru disiplin. Hal kome bercinta, bawa handphone, dating, tak serius dalam pelajaran, dll bukan saya tau semua hal kome tu. Yang saya tulis dalam blog ni pun tak de cikgu lain yang tau kecuali yang buka blog saya jer.

Jadi bila saya dengar ada tanggapan negatif kepada saya, saya rasa kecil hati juga. Adakah kamu suka cikgu yang tak hirau hal-hal kome yang tak betul tu. Itu sporting namanya ker ?? Cikgu macam tu cikgu yang *******????

Lihatlah dengan mata hati.......dengan mata hati........

( Harap kome faham apa yang tersirat dari tulisan saya.....terutama deme yang berkenaan.. )

Isnin, 28 Julai 2008

FOKUS STPM 2008 - TEMA 2- SISTEM PEMERINTAHAN YUNANI/ROM (TAMADUN DUNIA)



Bandingkan sistem pemerintahan Yunani dengan sistem pemerintahan Rom.

Pendahuluan:

Sistem pemerintahan ialah struktur politik sesebuah kerajaan.
Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau – pulau dan sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterrenean dan pemerintahan bermula sejak zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain.
Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah Latium dan diasaskan oleh Maharaja Augustus
Tamadun Rom bermula dari tahun 753 SM- 476 M dan tamadun Yunani bermula dari tahun 800 SM.

Isi:

a. Persamaan

1. Hanya warganegara lelaki dewasa yang boleh terlibat dalam pentadbiran dan politik.
2. Pernah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki
3. Kedua – duanya mengamalkan sistem pentadbiran pusat
4. Dewan perhimpunan diwujudkan bagi meluluskan undang – undang

b. Perbezaan

1. Bentuk pemerintahan

Yunani mengamalkan lima bentuk pemerintahan serentak iaitu monarki, oligarki, aristokrasi, tirani dan demokrasi kerana Yunani mempunyai banyak Negara kota manakala tamadun Rom pula hanya pernah mengamalkan bentuk pemerintahan monarki dan republic (ketua Negara bukan raja)sahaja.

2. Penggubalan undang – undang

Dewan perhimpunan dalam sistem demokrasi di Yunani berkuasa penuh manakala dewan perhimpunan dalam republik Rom mempunyai kuasa yang terhad dalam membentuk polisi Negara. Di Rom , Dewan Senat mempunyai kuasa yang penuh. Undang – undang di Rom dikenali sebagai papan 12 dan bertujuan untuk memulihkan.

3. Ketua pentadbir

Yunani hanya mempunyai seorang ketua Negara pada satu – satu masa manakala Republik Rom mempunyai dua orang ketua Negara pada masa yang sama atau serentak.

4. Sistem pentadbiran

Athens di Yunani merupakan pengasas sistem pemerintahan berbentuk demokrasi manakala Rom merupakan pelopor sistem pemerintahan berbentuk Republik di dunia.

5. Badan kehakiman

Majistret dan Juri memainkan peranan penting dalam perlaksanaan undang – undang di Yunani manakala di Rom , raja memainkan peranan penting dalam proses penguatkuasaan undang – undang.

Kesimpulan :

Zaman pemerintahan Yunani dan Rom banyak mempengaruhi sistem pemerintahan dalam kerajaan di dunia pada masa sekarang.

Sabtu, 26 Julai 2008

MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM ????????


MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM : DR. TAUFIQ AL BUTI

Sheikh Dr Taufik Ramadhan Al Butti menolak dakwaan Malaysia sebagai Negara Islam. Menurut beliau, bagaimana Malaysia boleh mengumumkan sebagai Negara Islam, sedangkan masalah besar umat Islam di Malaysia kerajaan tidak mampu selesaikan?


Antara masalah yang beliau sebutkan ialah berkaitan fenomena murtad yang menjadi-jadi di Malaysia hari ini. Bagi beliau, sebagai sebuah Negara Islam, tidak sepatutnya hal ini berlaku.Beliau mempersoalkan kenapa selepas 50 tahun merdeka, jumlah bangsa selain Melayu menganut Islam amat minima. Kenapa orang Islam berbangsa Cina dan India tidak ramai di Malaysia? Sepatutnya selepas 50 tahun merdeka, ianya lebih berkembang.


Namun sehingga ke hari ini, tidak sampai 20 peratus masyarakat Cina dan India di Malaysia menganut agama Islam.Dr Taufiq membuat perbandingan dengan Negara-negara Barat. Walaupun Islam minoriti di negara-negara ini, namun perkembangannya semakin pesat hari ini. Di Negara seperti Jerman, Britain dan Russia, masjid di sana menerima tidak kurang empat orang seminggu yang memeluk agama Islam di setiap masjid.

Namun di Malaysia yang dikatakan Negara Islam, perkembangan tersebut tidak berlaku. Kenyataan Dr Taufiq Al Butti ini ada kebenarannya. Ramai dikalangan masyarakat Arab dan guru-guru agama di sini (Syria) menyangka bahawa kesemua 3 kaum di Malaysia beragama Islam secara majoritinya. Mereka menyangka 90 peratus rakyat Malaysia beragama Islam. Oleh itu mereka amat menggeruni kehebatan pemerintah Malaysia yang kononnya berjaya mengIslamkan 3 kaum utama di Malaysia secara majoriti. Namun hakikat yang berlaku sebaliknya.


Keduanya, beliau pelik dengan masalah halal haram makanan yang berlaku di Malaysia. Sepatutnya apabila dalam Negara Islam, tidak ada masalah makanan yang diragui halal haramnya."Kenapa dalam sebuah Negara Islam perlu diletakkan logo halal pada makanannya? Ini tidak lain tidak bukan kerana berlaku masalah keraguan makanan di negara tersebut, " soal Dr Taufiq. Beliau yang juga anak kepada ulama terkenal Sheikh Dr Said Ramadhan Al Butti menegaskan sepatutnya dalam Negara Islam, makanan yang tidak halal lah yang perlu diwajibkan meletakkan logo non halal.


Apabila kita pergi ke negara barat dan negara bukan Islam, kita terpaksa memilih makanan yang halal untuk di makan. Ini perkara biasa. Namun amat luar biasa apabila kita ke Negara Islam pun kita terpaksa memilih makanan yang ada logo halal.

Sumber: http://kalamkerinchi.blogspot.com/

Akademi Nasyid

8.10 malam

Malam Ahad ni cadang nak relax je. Buka TV9 nak tengok Akademi Nasyid. Tapi online kejaplah......

Siang tadi adalah hari persekolahan ganti. Ramai budak tak datang, termasuk budak tingkatan 6. Beberapa budak keluar pergi pekan sehari kat Bota. Pelik, dah tau tak leh keluar, pegi juga. Macam le pekan sehari tu yang terakhir kat Bota ni.

Beberapa budak 6 AH menyapa, " pedih " katanya. Tentu pasal tulisan saya. Niat saya bukan nak menghebohkan seluruh dunia hal kelas kamu, tapi menuntut kamu buat perubahan ke arah lebih positif. OK, harap kamu semua memahaminya.

Doa saya, kamu semua terus maju jaya dalam semua bidang.

Nasyid.....Hiburan Mendidik Jiwa.

video

Jumaat, 25 Julai 2008

KENYATAAN HIDUP DI SEBALIK PERMAINAN INI

Untuk renungan bersama

KENYATAAN HIDUP DI SEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. ..... "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. "

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwatul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."


RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...

MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM......
AMIIINN. ..
video

Program 15 minit Bersama Guru Sejarah 1

  • Belum ada pelajar yang jumpa saya lagi.
  • Kenapa yek ?
  • Udah pandai ke ?
  • Apa masalahnya ?
  • Perlukah saya juga yang menetapkan masa dan siapa pelajarnya?
  • Fakta : Pencapaian sebahagian besar daripada kamu masih diragui.
  • Masih tak sedar diri ?
  • JANGAN B***H SOMBONG....................

Teknik Menjawab Sejarah 2

Esok ( Sabtu 26 Julai 2008 ) adalah hari persekolahan ganti cuti Hari Raya Qorban.Budak-budak Tingkatan 6 mesti datang. Jangan ponteng sebab esok ada Ceramah Teknik Menjawab Sejarah Kertas 2.

Tempat : Dewan Besar SMK DARY
Masa : 8.30 pagi

Selamat mendengar ceramah. Wajaran Sejarah 1 dan 2 adalah sama iaitu 50 %. Oleh itu tumpuan yang seimbang harus diberikan.

Khamis, 24 Julai 2008

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN (PEMBENTUKAN EMPAYAR)

TAKRIF EMPAYAR

Empayar boleh ditakrifkan sebagai satu sempadan politik yang terletak di bawah pemerintahan seorang pemerintah atau sebuah negara yang berdaulat. Ia juga diertikan sebagai kumpulan negara atau gagasan tanah jajahan yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang berdaulat atau diketuai oleh seorang Maharaja atau Emperor. Mengikut Encyclopedia Britanica, empayar diaplikasikan kepada kawasan politik yang luas dan ada pengaruh dominan terhadap yang lain sama ada dengan kerelaan atau tidak. Biasanya, empayar tersebut pemusatan kuasa dan dikuasai oleh emperor. Sebagai contoh, di India terdapat Empayar Maurya, di China terdapat Empayar Han, di Alam Melayu terdapat Empayar Melaka dan sebagainya.

CIRI-CIRI EMPAYAR

Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah

Empayar Maurya di bawah pemerintahan Chandra Gupta telah meluaskan kuasanya sehingga merangkumi seluruh India Utara hingga ke Dataran Deccan dan di Baratnya hingga ke Saurashtra dan di Timurnya ke Mysore Utara. Empayar Han di China meluaskan empayarnya hingga ke Kansu, Asia Tengah, Manchuria, Korea Utara, Annam dan Pulau Hainan. Empayar Yunani pula telah meluaskan jajahannya hingga ke Mesir, Syria, Palestin dan Phoenicia. Empayar Rom berjaya meluaskan kawasannya hingga meliputi 3 buah benua, iaitu benua Asia, Eropah, dan Afrika. Empayar Melaka berjaya meluaskan kawasannya hingga ke beberapa negeri di tanah Melayu dan Sumatera.

Pemerintah yang Cekap

Di India, terdapat Chandra Gupta, Bindusara dan Asoka. Di China, terdapat Shih Huang Ti dan Wu Ti. Di Yunani, terdapat Iskandar Zulkarnain. Di Rom pula, Augustus dan Julius Caesar merupakan pemerintah yang cekap. Sultan Iskandar Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan pemerintah bagi Empayar Melaka, makala Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan pemerintah yang cekap bagi Acheh.

Kedudukan Ekonomi yang Kukuh

India menggalakkan kegiatan pertanian dan perdagangan. Perdagangan dijalankan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sistem percukaian yang teratur diwujudkan bagi mengatasi bencana alam seperti banjir dan kemarau. Di Rom pula, perdagangan bebas antara Laut Hitam dan Sepanyol amat menggalakkan. Perdagangan luar juga diadakan dengan Afrika, Rusia, Jerman, Asia Kecil dan lain-lain. Infrastruktur telah dibina di Rom termasuk jalan raya bagi meningkatkan kegiatan perdagangan. Bidang industri dan pertanian juga digalakkan. Melaka pula menjadi pelabuhan entreport yang terkenal pada abad ke-15 M. Begitu juga dengan Acheh, pada abad ke-16 dan ke-17 M.

Angkatan Tentera yang Kuat

Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus telah mengambil beribu-ribu tentera untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh. Tenteranya dianggarkan berjumlah kira-kira 400 ribu orang. Mereka diletakkan di kawasan yang strategik. Empayar Srivijaya pula mempunyai pasukan tentera yang kuat sehingga berjaya menguasai 3 laluan laut kegugusan pulau-pulau Melayu iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. Pasukan tenteranya berjumlah kira-kira 20,000 orang.

Undang-undang yang Teratur

Rom membahagikan undang-undangnya kepada 3, iaitu undang-undang sivil untuk semua warganegaranya, undang-undang rakyat untuk rakyat tanpa mengira kewarganegaraan dan "natural law" (undang-undang yang menegaskan bahawa semua adalah sama dari segi undang-undang dan kerajaan tidak berkuasa untuk menindas). Di Melaka, terdapat undang-undang adat Kesultanan Melaka yang terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Di India pula, Asoka mengenakan hukuman yang keras seperti hukuman mati ke atas orang yang melakukan kesalahan tertentu. Acheh pula memiliki Kanun Mahkota Alam.

Pentadbiran yang Kemas/Sistematik

Di India, sistem pentadbirannya begitu cekap dan teratur. Kerajaannya mempunyai 2 komponen yang penting iaitu raja dan menteri. Raja menjadi pemerintah yang berkuasa mutlak manakala menteri akan membantu raja dalam pemerintahan. Empayarnya dibahagikan kepada beberapa provinsi dan ditadbir oleh Wizurai. Beberapa jabatan diwujudkan seperti kewangan, percukaian, pertanian, polis dan kehakiman. Majapahit pula memperkenalkan sistem pentadbiran yang cekap dan teratur di bawah pemerintahan Hayam Wuruk. Majapahit juga memperkenalkan sistem pungutan cukai yang teratur dan adil.

Penduduk Pelbagai Ras

Di bawah Empayar Rom, Eropah telah disatukan di bawah satu pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Di Alam Melayu, di bawah Empayar Melaka dan Acheh, penduduk di negeri-negeri di Tanah Melayu dan negeri-negeri di Sumatera telah diletakkan di bawah satu pentadbiran. Walaupun mereka terdiri daripada satu rumpun bangsa, tetapi mereka mengamalkan kebudayaan yang berbeza.

Wujudnya Hubungan di antara Jajahan Takluk

Biasanya, hubungan baik akan wujud di kalangan negeri-negeri yang ditakluk sama ada hubungan politik atau ekonomi. Melalui perhubungan ini, kegiatan perdagangan di antara negeri-negeri tersebut telah wujud. Contohnya, hubungan perdagangan antara negeri-negeri Melayu dan Sumatera telah wujud dengan adanya hubungan politik. Mereka akan saling bantu-membantu, misalnya Empayar Acheh turut membantu Melaka bagi menghadapi ancaman Kristian.

Rabu, 23 Julai 2008

TEMA 1:MANUSIA DAN MASYARAKAT (PERBANDARAN)

CIRI-CIRI PERBANDARAN TAMADUN MOHENJO-DARO DAN HARAPPA

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, tamadun ditakrifkan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bersopan-santun dan berkemajuan. Merujuk perspektif Barat, tamadun ialah kemajuan seimbang dari aspek kerohanian dan kebendaan ke atas individu dan masyarakat. Manakala, menurut sarjana Islam, 'Umar 'Audah al-Khatib, tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan dalam sesuatu sejarah.

Secara umum, tamadun ditakrifkan sebagai sesuatu masyarakat peringkat kemajuan dalam kehidupan manusia (merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial) melalui pembentukan organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, pengkhususan kerja, pertumbuhan bandar serta sistem pentadbiran yang sistematik. Tamadun manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur. Perkataan "tamadun" berasal daripada perkataan Latin "citivas" yang bermaksud kota.

Ciri-ciri
Penempatan Tetap
Penempatan tetap mula berkembang apabila perkampungan-perkampungan dengan bilangan penduduk yang kecil mula menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan. Proses perubahan dan kemajuan ini dikenali sebagai proses perbandaran atau urbanisasi. Misalnya, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang utama. Bekalan air yang mencukupi dan kekayaan tanaman menyebabkan pelbagai jenis tanaman dapat dihasilkan seperti gandum dan barli disamping betik, tembikai, dan kacang. Kejayaan paling memberangsangkan ialah penanaman kapas. Dengan penanaman kapas, mereka telah menjalankan perusahaan ekonomi yang melibatkan kain kapas. Selain itu, penternakan turut dijalankan. Orang Harappa juga membela anjing, lembu dan kerbau. Unta, gajah, kuda dan keldai digunakan sebagai alat pengangkutan terutama bagi kafilah.

Perdagangan
Perdagangan yang dijalankan juga merupakan salah satu ciri perbandaran. Apabila penduduk menjalankan aktiviti perdagangan, penempatan tetap akan mula mengalami perkembangan. Sebagai contoh, perdagangan merupakan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang penting. Barangan utama yang diperdagangkan ialah kapas yang merupakan salah satu bahan eksport utama bagi Tamadun Indus. Selain itu, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan barang-barang keluaran Indus telah sampai ke Mesopotamia kira-kira antara tahun 2300 dan 2000 SM. Di samping itu, orang Barat dikatakan pernah tiba di Harappa. Kapak yang diperbuat daripada tembaga atau gangsa dijumpai di kawasan Indus menunjukkan adanya hubungan dengan Asia Barat. Dengan kehadiran benda-benda di kawasan Indus seperti lapis lazuli, jed, turquoise dan sebagainya membuktikan perdagangan yang dilakukan antara Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa dengan Iran, Iraq, Afghanistan Pertengahan Asia. Selain itu, Tamadun Indus juga mengamalkan industri kecil-kecilan seperti menenun kain serta pertukangan tangan.

Perancangan Bandar
Salah satu ciri perbandaran lagi ialah perancangan bandar. Bandar dirancang supaya menjadi lebih sistematik. Misalnya, bandar Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan perancangan bandar (town planning). Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bandar Benar (city proper) dan pusat benteng atau kubu (citadel) di Timur yang lebih kecil dan tinggi. Terdapat juga sebuah citadel yang didiami oleh golongan pemerintah. Kesimpulannya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa memperlihatkan perancangan bandar yang sempurna.

Pembinaan Jalanraya
Pembinaan jalanraya yang sistematik dan lurus juga merupakan satu ciri perbandaran. Jalanraya dibina untuk menghubungkan satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. Di kota Mohenjo-Daro dan Harappa, jalan utama dibina berturut-turut dari Utara ke Selatan dan ke arah Timur serta Barat. Di Kalibangan antara jalan Utara-Selatan mempunyai 7.2 meter lebar, sedangkan jalan Utara-Selatan yang lain adalah tiga suku daripada lebarnya. Jadi, boleh dikatakan pembinaan sistem jalanraya yang lurus dan sistematik adalah ciri perbandaran yang amat penting.

Kemudahan Maju
Bandar raya yang dilengkapi kemudahan maju adalah ciri perbandaran yang ketara. Kemudahan yang sempurna memperlihatkan taraf hidup rakyat yang tinggi. Contohnya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang memiliki kemudahan yang maju. Di pusat bandar, mereka membina rumah kedai dan rumah tinggal. Rumah-rumah diperbuat daripada batu-bata dan beratan serta mempunyai bilik mandi, dapur, tandas dan longkang. Bandar raya terbahagi kepada petak-petak perumabahn berdasarkan corak checker board. Terdapat juga jelapang-jelapang, dewan orang ramai dan kedai-kedai. Bandar raya tersebut mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah. Dengan itu, kemudahan yang ada pada Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa adalah agak maju.

Tumpuan Pelbagai Kegiatan
Setelah perkampungan-perkampungan berkembang menjadi sebuah bandar utama, maka bandar tersebut akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi, tempat pembinaan kota, istana dan tempat ibadat. Dari segi penduduk, Mohenjo-Daro dan Harappa mempunyai 40,000 orang penduduk. Dewan orang ramai dibina supaya para penduduk dapat berhimpun bersama. Jelapang-jelapang dan kedai-kedai dibina di pusat bandar Mohenjo-Daro dan Harappa menjadikan bandar setelah tumpuan kegiatan ekonomi. Kubu-kubu Harappa menjadikan bandar sebuah tumpuan kegiatan ekonomi. Kubu-kubu dan menara-menara turut dibina untuk melindungi bandar-bandar itu daripada serangan musuh. Citadel di bandar pula merupakan tempat kediaman golongan paderi atau pendeta. Kesimpulannya, Kota Mohenjo-Daro dan Harappa menjadi tempat pertemuan rakyat dan tempat mereka untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian.

Penutup
Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah manusia. Pembentukan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa jelas memperlihatkan corak kehidupan manusia yang berorganisasi dan kebijaksanaan penduduk dalam proses perbandaran.

Aduhai 6 Atas Hanafi lagi............

Khusus kepada budak-budak 6 Atas Hanafi 2008,

Masih ingat kesilapan yang berlaku yang menyebabkan saya "merajuk" ( sebenarnya tak pun ) dulu ?

Fakta Kejadian
Hari : Khamis
Tarikh : 10 April 2008
Kes : Tak siap bahan pembentangan

Masih ingat ?

Tadi baru saya tahu ada lagi yang melibatkan kelas 6 A Hanafi lagi. Dengar cerita Cikgu Jamaluddin ( Cikgu JAWS ) pulak " merajuk " dan berasa hati dengan sikap kamu semua. Malah cikgu JAWS menangis dengan sikap kamu........

Fakta Kejadian
Hari : Isnin
Tarikh : 21 Julai 2008
Kes : Ponteng Kelas Bimbingan

Kesnya bila kamu semua ponteng kelas bimbingan petang Isnin. Kamu semua balik. Tak dak sorang pun tunggu kecuali Rahmah ( Kalau tak silap ). Sebagai guru, cikgu JAWS berhak rasa gitu. Bayangkan dia dah tunggu sampai petang, tetiba tak dak sorang pun yang tunggu. Apa rasa kalo kamu duk tempat dia ? Alangkah baik kalau kamu bagi tau awal-awal. Ni tak, memandai buat keputusan sendiri.

Sapa punya cadangan suruh batalkan kelas bimbingan ? Sapa cikgu ? Kami cikgupun tak berani nak batalkan kelas bimbingan tanpa sebab kerana ini arahan pihak pengurusan sekolah supaya buat kelas. Ni kamu pandai-pandai batal suka hati.

Saya rasa cikgu JAWS berasa hati sebab kamu dah "kenakan" dia. Faham dak maksud saya? Jangan perlekeh dan persenda guru.......berdosa dan hijab( dinding) mendapat keberkatan belajar.

Nasihat saya, ambillah iktibar dari dua insiden yang telah berlaku. Fahami dan insafi dengan hati nurani. Jangan buat lagi. Ingat ingatan saya tentang program 15 minit bersama guru Sejarah 1... Jangan Bodoh Sombong...

Selamat Belajar....Target kita adalah A.
I luv u ol.....

Isnin, 21 Julai 2008

satu petua yang nk dikongsi....

utk mata pelajaran seperti sejarah semestinya memerlukan hafalan yang kuat dan olahan yang baik...tapi sekiranya anda tergolong daripada org yg kurang daya ingatan(short term memory lost) macam saya...hehehhe.. ;) cubalah guna cara ini....insyaallah membantu..apa yang anda perlu buat cubalah cipta analogi...even tak kisah lah if bnda itu org fikir bodoh or mengarut...contoh anda ingat ingat mcm pemikir india mcm kaultiya..apa yang dia buat? macam saya dulu saya lukis gambar org lidi di nota2 ringkas saya untuk terangkan yg dia guna keganasan...lepas tu lukis org dgn ayt tipu2!! utk tanamkan fakta dikepala tentang tipu muslihat...mmg nmpak bdoh dan cm nota bdk tadika tp insyaallah bnda beginilah yg anda akan ingat kmbali di meja peperiksaan...saya dah praktikkan sampai hari ini....cubalah...dan lagi satu ialah anda mesti tahu menggoreng dan buatkan pemeriksa luluh hati dgn esei anda...dia pun sbnarnya tak smua fakta ingat...jadi bermainlah dengan penulisan yang sedap telinga mndengar mata membaca...

Ahad, 20 Julai 2008

Tazkirah Nasyid......


video

Ku Takkan berpaling

Ku takkan berpaling
Dari agamamu
Segala fitrah
Hadis dan Sunnah
Kupasrahkan dan bersujud.

Hanya kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah

Tuhan...
Berikanlah hidayah Mu.......

Oh Tuhan...
Ku bersyukur atas rahmat Mu

Oh Tuhan...
Limpahkan kurniaMu

Kuatkanlah imanku
Luaskan fikiranku
Lapangkanlah hatiku
ampunilah dosaku
Ya Allah Ya tuhanku
engkaulah hajatku.

Hanya kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Teringat pulak........

Hari Ahad ni boring pulak. Tak tau apa nak buat. Cadang nak shoping tapi malas pulak. Teringat ler pulak kat kamu-kamu semua. Apa la agaknya pengisian program hujung minggu kamu semua ? Tidur manjang, dating, window shoping, lepak, ....tah ler ?

Apa pun saya harap masih ada slot untuk ulangkaji. Sebab kena ingat, masih banyak yang perlu diusahakan. Paling kurang untuk Sejarah 1, buka blog saya, baca dan buat nota ringkas. Catat isi utama besar/utama sahaja berdasarkan soalan tu. Penting tau !

Cuma saya tak servey plak, brapa ramai yang guna blog saya secara proaktif. Kamu patut rasa bersyukur, saya dah bagi banyak bahan berguna tu. Ambil manfaat.Kalau tak ada modal nak print, baca dan catat nota ringkas pun memadai. Kamu tau, ramai lagi budak sekolah lain yang tak ada bahan macam ni. Kamu hanya perlu usaha sikit jer, maklumat sudah dihujung jari.

Jangan nanti menyesal kemudian. Biasa macam tu lah. Kemudian baru sedar tapi dah terlambat. Tapi majoriti kamu tak macam itu. Hanya segelintir saja. Jangan menyerah pada nasib tanpa usaha. Allah suruh kita berusaha.

Ulangkaji mesti berkualiti. Yang penting ia memberi manfaat dan ada keuntungan pada kamu. Sekarang bukan masa untuk mengeluh. Oleh itu beri tumpuan pada STPM kamu terutama Sejarah.

Teruskan usaha. Selamat Belajar.

Sabtu, 19 Julai 2008

Tingkatkan Azam Untuk A !

Alhamdulillah, taklimat teknik cara belajar & menjawab soalan Sejarah 1 sudah selesai. Ceramah sahabat saya, cikgu Fauzi, pada saya cukup berkesan dan hebat. Praktikkan apa yang disarankan. Baiki kelemahan. Tetap dan mantapkan matlamat.

Ingat, target kita adalah A. Jangan bicara soal minat atau tak minat sejarah lagi sekarang. Bicara bagaimana nak skor A. Mereka yang berjaya dalam sejarah bukan semua minat sangat sejarah pun, tapi apa yang perlu kamu ingat ialah " aku ambik subjek ini, aku kena skor subjek ini, tiada pilihan ".

Gunakanlah apa saja cara yang sesuai. Cikgu Fauzi, malah saya sendiri telah sebut perkara ini. Gunakan nota ringkas, latihan esei, baca soalan/jawapan, malah jika perlu HAFAL dan mampu lakukan, buatlah ! Matlamat akhir kita adalah A. ( Insyaallah )

Saya bersetuju dengan saranan cikgu Fauzi tentang latihan mengeseikan satu dua isi dan bincang dengan guru. Silakan. Saya sedia menerima kehadiran kamu.

Di samping itu, saya juga ingin memfokuskan kepada program saya, " 15 minit bersama guru sejarah 1 ", sila buat sebagaimana yang saya sarankan.

Khusus kepada pelajar 6RH, tahniah kerana ikut serta. Ini persediaan awal kamu untuk STPM 2009. Kamu boleh lakukan semua saranan untuk kejayaan kamu dari sekarang. Saya sedia membantu kamu.

Teruskan usaha pelajar-pelajarku yang dikasihi. Selain itu,jangan lupa berdoa kepadaNya. Insyaallah, kita akan diberkati. Insyaallah. Amin.

Jumaat, 18 Julai 2008

Ceramah Teknik Menjawab Soalan 1

  • Tarikh :19 Julai 2008 ( Sabtu )
  • Tempat : Dewan Besar SMKDARY
  • Masa : 8.30 pagi

Semua pelajar 6 Atas wajib hadir.

Khamis, 17 Julai 2008

Program 15 minit Bersama Guru Sejarah 1

Program ini bermula 18 Julai 2008. Tujuan program adalah perjumpaan bersemuka antara pelajar dengan saya untuk membincangkan sebarang soalan Sejarah 1 (Tamadun Dunia dan Islam ).
Kaedah Perlaksanaan :
1) Pelajar bentuk kumpulan/pasangan ( 2 orang sahaja )
2) Tetapkan tarikh, tempat dan masa perjumpaan. Buat temu janji.( Sebaiknya bilik guru.)
3) Pelajar pilih sendiri mana-mana soalan dan sediakan skema/rangka jawapan dengan lengkap.
4) Jumpa saya ikut masa yang ditetapkan untuk berbincang/berbahas/berhujah/ dsbnya.
5) Eseikan jawapan.
Semua pelajar 6AS, 6AH dan 6AM wajib melibatkan diri. Penglibatan akan direkodkan.
Dari aktiviti ini saya dapat: ( Insyaallah )
1) Menilai kesungguhan pelajar untuk memperbaiki diri.
2) Memperbaiki pencapaian pelajar
3) Membantu pelajar yang lemah
4) Berbincang dan menyelesaikan masalah berkaitan.

Rabu, 16 Julai 2008

Sasaran Pelajar Cemerlang STPM 2008

Pihak sekolah telah mensasarkan beberapa orang pelajar 6 Atas 2008 sebagai sasaran pelajar Cemerlang SMKDARY.( Insyaallah ) Ini sebenarnya cabaran buat kamu, juga secara tak langsung juga kepada semua pelajar yang lain. Sanggupkah kamu membuktikan cabaran ini ???

Sasaran semua A
1. Siti Rohani bt Abdul Rahim ( 6AH )
2. Maizatul Shahira bt Meor Zul Hassan ( 6AS )
3. Norsuhaida bt. Rashid ( 6AS )
4. Noorhidayu bt. Hassim ( 6 AS )

Sasaran 4A 1 B
1. Nurul Amirah bt. Mukhtar ( 6 AS)

Sasaran 3A 2B
1. Zaharatullaila bt. Anuar ( 6AS )

Khusus untuk subjek Sejarah 1, saya menetapkan target seperti berikut : ( Insyaallah )

1. Tingkatan 6 AS - 13/15 skor A
2. Tingkatan 6AH - separuh bilangan kelas skor A
3. Tingkatan 6AM - satu per empat kelas skor A

Cuba tempatkan diri kamu dalam kelompok ini.

assalammualaikum..

hai semua...sihat??..emm kpd tuan punye blog juge...sihat ker???adik2..nmpaknye stpm akan menjelang tak lame lagi...jgn berhenti untuk terus berusaha..skrg jadikan nota2 anda sebagai teman kmana2 sahaja anda berada even ketika dating pon!!!1time ni lah awk semua kna gunakan masa sebaik mungkin...

if tension sgt blajar pergi la ambil angin kat mane2...pantai ke laut ke..tp jgn lmas sudah...biasala stress kan...akak faham..selalu gak jadi tension mcm awak2 semua...

emm time nak exam ni adik2 semua kenalah pohon restu semua org...untuk segala ilmu yg anda bljar tu blh kekal kat mnda anda (terutamanya padaibu ayah dan guru2 dan rkn2...kpd tuan punye blog ni jgk..yela diakan guru disiplin...) dan jgn lupe utk minta mereka selalu doakan kite....

that all...emm cikgu....saje nak kongsi... i got dean list for last semester...hehehhehe...alhamdulillah..

assalammualaikum....

Selasa, 15 Julai 2008

PANDUAN MENULIS ESEI SEJARAH 1 STPM



CIRI-CIRI PENDAHULUAN

1. Perenggan Pertama
2. Bukan Tema/Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema

ISI:

§ Fakta
§ Huraian
§ Contoh

FAKTA:

§ Bilangan fakta bergantung kepada bahagian
§ Satu bahagian : biasanya perlu ada 7 isi
§ Lebih drpd satu bahagian: perlu pertimbangkan kepentingan bahagian
§ Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
§ Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan


HURAIAN:

§ Menjadi penerangan kepada fakta
§ Soalan yang boleh mendorong kepada huraian
ialah;mengapa/kenapa,/bagaimana/apakah implikasi/kesannya
§ Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian

CONTOH:

§ Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
§ Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i. bila (tarikh, tahun, abad)
ii. siapa (nama, kaum,bangsa)
iii. di mana (tempat)
iv. banyak mana (kadar, bilangan)
v. peristiwa apa

KESIMPULAN:

1. Apa sahaja yang berkaitan.
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi

Isnin, 14 Julai 2008

IKHLAS DARIKU

video

Ikhlas Dariku - Akhil Hayy Dari Album Di Bawah Satu Cahaya

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga


jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat

hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..


Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..


Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga


jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat

hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..


Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Kem Sehari Sejarah STPM Zon Utara

Pada 15 Julai 2008 ( Selasa ), saya tak bertugas di sekolah. Saya ke Kamunting ( SMK Kamunting ) sebagai urusetia/fasilitator program berkenaan. Harap masa P&P kelas saya, gunakan sebaik mungkin. Siapkan bahan pembentangan dan yang berkaitan dengan Sejarah 1 sahaja. Hari Rabu kita akan bermula sesi pembentangan.
Bagi kelas 6 AH dan 6AM, agihan soalan pembentangan berdasarkan modul dalam blog ini belum saya agih. Kamu buat dulu soalan yang saya agihkan berdasarkan buku warna hijau tu.
OK, sukses selalu.

Ahad, 13 Julai 2008

Manfaatkan bahan......

Alhamdulillah, saya telah dapat update bahan baru. Bahan terdiri daripada soalan-soalan Sejarah 1 dan 2. Saya mengharapkan bahan tersebut dapat membantu kamu semua. Manfaatkan sebaik-baiknya.
Korbankan sedikit wang dan masa kamu untuk cetak bahan tersebut. Kemudian baca sebaik mungkin. Semoga ini usaha ini diberkati Allah dan mendapat keberkatan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan bahan ini. ( Insyaallah )

MODUL SOALAN SEJARAH 2







SOALAN 940/2

Jumaat, 11 Julai 2008

MODUL SOALAN SEJARAH 1

SEJARAH TAMADUN DUNIA DAN ISLAM

(Skema yang diberikan adalah cadangan jawapan sahaja . Jawapan masih boleh dan perlu dimurnikan lagi. Terdapat kesalahan ejaan yang perlu diperbaiki dan belum diedit. Harap maklum dan mohon kemaafan)

SOALAN RAMALAN SEJARAH 1 STPM 2008

Saya menasihatkan kamu semua agar tidak mengharapkan kepada soalan ramalan semata-mata. Usaha mesti bersepadu dan terancang dari sekarang. Sepatutnya memang sudah lama bermula.

Soalan ramalan boleh dijadikan sebagai senjata terakhir. Namanya pun ramalan, belum tentu keluar pun ! Saya akan cuba memberi panduan kepada kamu nanti.

Selasa, 8 Julai 2008

Sematkan Keazaman Membara !

Fikirkan Boleh ( STPM 2008 )

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan

Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan

Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan

Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh !!!!!!!!!!

( Saya mengharapkan kejayaan kamu semua( Insyaallah ).......Itu hadiah berharga buat saya.... )

Isnin, 7 Julai 2008

BAHAN BACAAN

NOTA TAMADUN DUNIA DAN TAMADUN ISLAM

Kepada pelajar-pelajar yang dihormati :
Buatlah bacaan dan rujukan dari pelbagai sumber. Usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil yang membanggakan.( Insyaallah )
Selamat berusaha.


Andai Ku Tahu...........
video

Demi Cinta Suci.........

video

Ahad, 6 Julai 2008

"Seminar Bina Negara"

Memori semasa Seminar .......................


Wajah ceria sebelum seminar.....................



Wajah lesu selepas seminar................







Peserta seminar sedang mengikuti seminar.......................





Macam-macam gaya.........................


Lama juga tak menulis di sini. Hari Sabtu, Cikgu Saipuddin telefon minta tolong bawa pelajar ke "seminar" tersebut pada hari Ahad ( 6 Julai ) di SM Teknik KK . Saya setuju sebab nak tolong kawan.

Dua bas disediakan. Saya tak perlu bawa kereta sebab bas cukup tempat. Setiap pelajar yang pergi diberi wang saku RM 15 seorang. Masa agihan dibuat saya terkejut juga. Saya pun dapat. Ini macam kebiasaan dalam amalan sebuah parti politik.

Perjalanan lancar walaupun agak lewat. Tapi ramai lagi lewat. Bila sampai saya terkejut lagi. Bukan budak sekolah je rupanya. Mak, bapak, mak cik, pak cik, datuk, opah semua ada. Alamak, ni program apa pulak, "seminar" bina negara apa ke benda ni. Pas tu nampak sebuah bas bawa kumpulan orang asli dan siap pakai hiasan daun kelapa lagi pada kepalanya. Polis trafik dan rela pun ramai. Saya dah dapat buat telahan, sah ini program politik.

Budak-budak tingkatan 6 yang pergi ni juga nampak kurang selesa. Lepas budak-budak masuk saya dengan cikgu Saipuddin gi minum dulu. Saya tak makan apa-apa lagi . Lapar.

Masa saya masuk ke kawasan SM Teknik,KK program dah jalan. Alamak, seminar kat kawasan padang. Seminar apa ni ?? Saya tengok dari jauh seorang penceramah sedang berapi-api memberi ceramah tentang ketuanan Melayu. Naik serak dah suaranya. Orang memang ramai sebab deme diangkut dengan bas termasuklah budak-budak sekolah tu. Saya tanya beberapa budak form six, faham ke ?? Deme kata tak faham langsung apa yang diperkatakan.

Nampaknya gambaran dalam surat jemputan tidak seperti perlaksanaan program. Surat jemputan mengatakan seminar jati diri bina negara. Tapi audien yang hadir menggambarkan ini suatu ceramah politik UMNO dan berdasarkan kain rentang yang berlogo UMNO.

Secara peribadi, saya kurang setuju cara begini. Ini kerana budak sekolah dipergunakan dan saya sendiri macam terkena juga. Buatlah kursus bina negara banyak-banyak. Tak mengapa. Saya pun boleh ikuti. Tapi stail begini tak patut diteruskan. Jangan politikkan budak sekolah.
Saya bercakap atas kapasiti saya sebagai seorang guru dan kaki tangan kerajaan. Saya setuju kita perlu didik anak bangsa mencintai negaranya, sayangi bangsanya dan agamanya. Sebab saya guru sejarah lulusan Sejarah dan Sains Politik. Saya faham semua itu.

Saya menyeru kamu semua, cintailah negara kita demi agama. Jika agama kita jaga, semua akan selamat. InsyaAllah.
Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.