ENJIN CARIAN BAHAN

Khamis, 15 Mei 2008

Selamat Hari Guru 2008

Selamat Hari Guru kepada semua rakan guru khas untuk diri saya sendiri. Hari Khamis saya berjaya menderma darah iaitu salah satu program Hari Guru. Ada rakan guru yang lain kecewa sebab tekanan darah naik atau darah turun. Saya mujur masih macam biasa. Moga diberi kesihatan yang baik oleh Allah.


Budak-budak tingkat enam juga ada yang menderma darah. Nama-nama tak boleh sebut. Nanti deme marah sebab saya tengok deme dah kecut perut. Pucat lesiiiiiii. Terutama budak Mas dan Faey.... ( opsssss tersebut ). Yang lain nampak cool cikit. Tapi apa pun kamulah pelajar-pelajar saya yang beraniiiiiiii !!! Tahniah!.


Esok hari guru. Saya tak tau apa hasil yang kamu semua, Pertina dan pengawas usahakan selama ni. Harap OK. Saya tak nak ada komen negatif. Kamu semua dah penat bekerja. Tapi tadi lepas mesyuarat perkhemahan Perdana 4, saya sempat tengok dewan. Susunan bangku sudah salah !! Bangku sepatutnya letak atas pentas juga. Lepas tu baru guru-guru turun duduk bawah. Harap Adli dan geng segera betulkan.


Esok Hari Guru. Moga saya tetap menjadi guru sejati. Saya mengharapkan kejayaan kamu semua. Kejayaan anak didik saya. Itulah hadiah istimewa buat saya. Sejarah semua A. Saya nak hadiah itu daripada kamu semua. Kamu semua mesti beri saya hadiah itu. Boleh ????


Terima kasih juga jika masih ada ingatan untuk saya, sempena Hari Guru tahun ini. Saya seorang guru biasa yang tiada keistimewaan. Yang pernah buat salah, sama ada sedar atau tidak. Atas alasan itu saya juga mohon kemaafan dari kamu semua, termasuk budak-budak sebelum kamu. Azam saya, saya mahu jadi guru sejati. Meningkatkan prestasi diri dan memperbaiki kesilapan.


" GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG "

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.