ENJIN CARIAN BAHAN

Jumaat, 2 Mei 2008

Persiapan Hari Guru

Saya diminta oleh Pengetua untuk menyelaras Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Dalam mesyuarat peringkat pengurusan, pengetua minta agar pengawas mengelola majlis tersebut tapi saya mencadangkan agar Pertina juga diberi peranan. Pengetua setuju. Pengetua minta susun acara biar nampak hebat. Kutip duit RM 20 satu kelas. Semua guru diberi hadiah. Cuma bab hadiah ni, memang saya selalu malang bila hari guru. Jarang sangat dapat hadiah. AlMaklumlah, guru kelas bukan, guru kesayangan pun bukan, tapi guru paling dibenci.....guru disiplinnnnnnnnnnnn !!!!!!! Sebab tu bila sebut pasal hadiah, saya senyum jer. Dah lali....biasa.
Mesyuarat dengan AJK pengawas & Pertina, baru sempat buat tadi ( Jumaat ). Pelarasan tugas dah dibuat. Harap kamu semua jalankan tugas masing-masing. Setiap ketua yang dilantik, cari AJK kecil yang lain lagi untuk bantu. Kamu mesti buat kerja dalam kumpulan.
Cuma, tentang pakaian ikut tema tertentu yang Farah cadangkan tu, saya baru terfikir, susahlah. Tak usahlah rasanya. Rumit untuk minta guru-guru buat gitu. Ikut pengalaman lepas, susah dapat kerja sama. Pakaian biarlah bebas je.
Apa pun, buat yang terbaik. Selamat Mengurus.......

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.