ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 25 Mei 2008

Perhemahan Perdana 4

Lama juga saya tak menjengah blog saya. Sibuk dengan pelbagai perkara, peribadi dan hal sekolah. Balik dari Kelantan hari tu, saya penat dan sibuk hal exam PPT. Hari Khamis 22 - 24 haribulan, saya ke Gerik. Ada mesyuarat Sejarah 1 tentang Kem Sejarah 1. Saya terlibat sebagai urus setia. Banyak lagi hal selepas ini. Sibuk lagi dengan mesyuarat dan pengendalian kem di empat kelompok kawasan. Hanya lapan saja dari kamu yang berpeluang menyertainya. Kem ini sangat penting dan boleh membantu persiapan STPM kamu. Saya akan pilih yang terbaik. Siapa dia ? Kamu semua cuba bersaing untuk rebut tempat.

Masa di Gerik, saya dapat sms dari kakak senior kamu. Dia pelajar kesayangan saya juga. Kamu patut ikut cara dan kesungguhan dia. Dia akan menulis di blog ini sebagai jemputan saya. Itu pun dia ' paksa ' saya untuk invite dia. ( Jangan marah ). Harap kakak senior ini akan memperkenalkan diri dia dan dapat membantu kamu. Tulis yang berfaedah saja, kalau takkk.............( ehem ! ). Kakak ni sms saya dekat jam 12.00. Mujur saya belum tidur.

Balik dari Gerik ( Sabtu ) saya kena cepat ke Teluk Senangin kerana Perkhemahan Perdana 4. Sampai rumah jam 4.30 petang, rehat kejap, solat terus pergi Teluk Senangin. Sampai pukul 7.00 malam. Penat memang penat. Saya kena urus Explorace pada hari Ahad. Mujur Cikgu Hatijah banyak membantu. Dia cikgu yang rajin dan rakan sejawat yang baik. Saya gembira sekumpulan dengan dia. Dalam hidup kamu nanti, kamu akan jumpa kawan yang pelbagai ragam...yang akan mematangkan kamu.

Kawan-kawan kamu yang jadi urusetia perkhemahan ni, rajin-rajin belaka. Em, pandai masak juga. Cikgu Sazali puji habis si budak Sue. Rajin katanya. Yang lain pun rajin juga.

Waktu pagi saya terpaksa mengejutkan bebudak lelaki yang jadi pembantu urusetia. Alamak... subuh lebuh. Deme tak sedar kot. Penat agaknya. Tapi nasihat saya, lain kali walau bagaimana penat pun, solat jangan abai semudah itu. Asuh diri supaya bersolat. Memang susah. Kata orang, kalau 'nakal' macam mana pun, solat buat juga. Itu tugas kita.

Lepas explorace, saya sempat berkayak. Em, sama sapa tau, dengan Lela. Bolehlah tahan dia mengayuh. Saya pun bukan reti sangat. Pengalaman paling menyeronokkan kata Lela. Lagipun free je. Rupanya, berkayak di laut payah sikit berbanding di tasik.

Sebelum balik, dari jauh saya nampak budak Lela, Sue, Eka dan Elly berendam di laut. Bukan main suka lagi macam budak-budak, tapi normal lah tu.

Apapun, perkhemahan ini memenatkan tapi menggembirakan.

Catatan santai.......jumpa lagi. Lagipun saya masih kepenatan.

Jangan lupa .....saya akan update untuk latihan masa cuti.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.