ENJIN CARIAN BAHAN

Loading...

Sunday, May 4, 2008

Panduan PPT Tingkatan 6 Atas 2008

Kepada semua pelajar 6 atas 2008,

PPT makin hampir. Kamu juga semakin sibuk . Ramai juga yang terlibat dengan penuh komitmen untuk persiapan hari guru . Tahniah ! Tak kurang juga yang sengaja menyibukkan diri dan menjadikan diri dia seorang yang paling sibuk dalam dunia .

Memandangkan kekangan yang kamu semua hadapi, saya mengambil keputusan untuk memberi tajuk-tajuk sebagai panduan untuk ulangkaji. Kamu mesti baca semua tajuk tersebut. Jangan spot dari tajuk itu. Baca semua. Matlamat utama adalah STPM nanti. Saya yakin, tajuk-tajuk tersebut berguna kepada kamu semua. Saya ulang lagi sekali, baca semua baik-baik dan dengan teliti. Bukan semua dari tajuk di bawah saya tanya dalam PPT. Bukan semua !

Saya harap semua pelajar 6 Atas akan ambil tajuk-tajuk ini dengan usaha sendiri. Cari dalam teks, cari soalan, baca dan buat persediaan dengan rapi. Ini harapan saya. Ingat, target kita adalah skor A. Ini bukan kerja main-main. Tiada kesungguhan, tiada A. Harap kamu semua sedar dari lamunan kosong......

Ini tugasan dan panduan untuk kamu semua. Sila baca.

BAHAGIAN A ( TAMADUN DUNIA )

  • Tamadun dan faktor pembentukan .
  • Zaman Prasejarah - Paleolitik dan neolitik .
  • Negara kota Yunani - Pembentukan dan kejatuhan.
  • Konsep-konsep ekonomi dan sistem ekonomi di Eropah.
  • Struktur pentadbiran ketenteraan tamadun India.
  • Kepentingan pendidikan secara formal.
  • Sistem pemerintahan empayar.
  • Strategi peperangan tamadun awal manusia.

BAHAGIAN B ( TAMADUN ISLAM)

  • Piagam Madinah .
  • Konsep manusia dan kehidupan jahiliah.
  • Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah (Yathrib) sebelum Islam.
  • Golongan masyarakat Zaman Khulafa Ar– Rasyidin.
  • Pembaharuan zaman Sayyidina Umar Al-Khattab.
  • Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah.
  • Dasar pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin dan Bani Umaiyah.

SELAMAT BERJAYA.

SELAMAT HARI GURU.

" Guru Cemerlang Negara Terbilang "

( Harap saya akan dapat bergembira pada Hari Guru 2008 ni......uhuk !!! )

No comments:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH STPM

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.