ENJIN CARIAN BAHAN

Jumaat, 16 Mei 2008

Hari Guru 2008....

Hari ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Kebimbangan saya nampaknya berasas.

Awal pagi, waktu sampai nampak macam ada masalah. Dari jauh nampak budak pengawas menyusun semula bangku dewan. Ok lah tu. Waktu perhimpunan, Zalika Izati datang kata ada masalah dengan penyusunan program, tak tau atur cara. Patut semalamnya dah datang tanya. Tapi oklah, dia boleh setel rasanya.

Masalah besar bermula apabila nak mula perarakan guru. Bunga mangga tak ada, yang nak mengarak pun tak ada. Saya dah risau. Pengetua dah tarik muka masam manis. Lain kali kamu kena ingat, yang mengarak ni mesti diketuai orang besar kome. Sape lagi kalau bukan Kudin dan Hafiz. Saya ingat deme faham. Dalam mesyuarat saya dah tegaskan, deme kena lihat dan ambil tahu keseluruhan. Mujur budak nasyid ada. Nampak caca merba jadinya. Saya malu juga.

Masalah kedua bermula, bila naik pentas bangku tak cukup. Malu lagi. Pengetua dah tarik muka lagi. Saya faham berdasarkan ' body language' nya. Pn. Mashitah pun. Alamak, apa dah jadi ni. Kelam kabut bangku ditambah.

Ingat masalah selesai. Apabila tiba lagu negaraku, Fendy tak pakai pemain CD dewan. Guna lap top pulak. Dah tu bunyi tak jelas kerana masalah PA sistem. Berterabur lagu negaraku. Malu lagi. Saya makin gelisah. Pengetua dah makin tak senang duduk. Siapa sangka jadi macam tu.

Nasib baik yang lain-lain kira ok lah. Dalam ucapan, pengetua ada sebut, guru cemerlang tak patut marah jika anak murid murid buat kesilapan. Harap pengetua tak marah kamu semua. Tapi saya faham, pengetua dan Pn. Masitah tak senang dengan cara pengurusan Hari Guru tahun ni. Apa boleh kita buat. Saya dah cuba sebaik mungkin. Kamu juga. Cuma saya dapat kenal pasti ada yang tak berapa komited. Ini yang buat kita spoil agaknya.

Tapi saya tabik kepada sebahagian daripada kamu yang cukup komited. Nak sebut nama ke......
Saya sebut sikit, macam Mas, Eka,Farah, Lela, Ayu, Mek, Azmir, Fendy, Taha, ......ramai lagi. Maaf tak boleh tulis semua. Penat dah.

Apa pun terima kasih atas sambutan Hari Guru tahun ini. Saya pun kira banyak juga dapat hadiah. Tah, ada pulak yang nak bagi ke saya tahun ni. Terima kasih Mas, Lela, Mek, dan lupa nama budak 1 uranus. Yang lain hadiah rasmi Hari Guru dan dari panitia sejarah. TApi saya nak hadiah daripada kamu semua, mesti bagi. Kenapa tak bagi. ???

Saya nak hadiah SEJARAH A. Boleh ??

OK. Saya nak bersiap sebab male ni nok gi kelate. Rombongan sekolah kita.
Assalamualaikum.

1 ulasan:

cik farahana berkata...

hehehe
ni pengawas ni malas2 kot erh

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.