ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 15 Mac 2008

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT -STPM 1999

1. Bincangkan Konsep Manusia Dan Kehidupan Masyarakat Arab Pada Zaman
Jahiliah.

A. PENDAHULUAN. ( Jelaskan mana-mana berkaitan ) - 3 Markah

Definisi zaman jahiliah : 300 – 610 Masihi.
Makna jahiliah oleh P.K Hitti dan sejarawan Islam.
Lokasi zaman jahiliah.
Asal – usul bangsa Arab.

Isi ( 20 markah )

B. KONSEP MANUSIA PADA ZAMAN JAHILIAH.( 8 markah ) - 4 isi x 2 = 8 m

Menghargai kehidupan sendiri dan sesama suku.
Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.
Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.
Percaya adanya kelahiran dan keturunan tapi tidak beriman kepada satu tuhan.
Percaya adanya kematian tetapi tidak mempercayai adanya hidup selepas kematian.
Percaya adanya kelahiran dan keturunan tetapi tidak mengetahui asal –usul manusia di sisi tuhan.
Ciri kemanusiaan Arab Jahiliah terpancar dalam bidang kehidupan.

C. KEHIDUPAN MASYARAKAT ARAB JAHILIAH PADA ZAMAN JAHILIAH.
(4 isi x 3 markah = 12 markah )

POLITIK. ( 3 m)

a. Mengamalkan sistem berkabilah/ berpuak dan taasub kepada kepercayaan assabiyyah yang menjadi tunggak perpaduan yang diketuai oleh seorang Sheikh.
b. Sering berperang antara kabilah – kabilah dan suku – suku. Perang berlaku atas sebab yang kadang-kadang kecil seperti Perang Al-Basus berlaku kerana kematian seekor unta.
c. Orang Badwi hidup pindah randah tanpa kuasa politik. Arab Hadari mempunyai negara kota tetapi dipengaruhi pengaruh asing seperti Rom dan Parsi.

EKONOMI. ( 3 m )

a. Melalui Pertanian & perdagangan. Orang Badwi bergerak dalam kafilah untuk berdagang.
b. Ekonomi yang berbentuk penindasan.
c. Mengamalkan riba, penipuan,
d. Merompak merupakan sumber ekonomi.
e. Perniagaan berhala satu sumber penting terutama musim haji.

SOSIAL. ( 3 m)

a. Kaya dan berkuasa membentuk golongan merdeka. ( Kelas atasan )
b. Miskin, lemah, wanita menjadi hamba seks. ( kelas bawahan )
c. Akhlak yang rendah- bunuh anak perempuan, wanita alat seks sahaja, judi, minum
arak, berzina, suka berperang antara kabilah,dll
d. Menyembah pelbagai agama - menyembah berhala, agama majusi, animisme, yahudi,dll.
e. Percaya kepada kepercayaan khurafat.
f. Ada juga amalan baik seperti sangat memuliakan tetamu. Akan dilayan dengan baik.

ILMU PENGETAHUAN. ( 3 m )

a. Buta huruf - ramai tak tahu membaca.
b. Tidak mementingkan ilmu pengetahuan. Karya sastera yang dihasilkan tidak mempunyai
daya intelektual yang tinggi. Antara perbincangan berkisar tentang kecantikan wanita, dll.
c. Sangat mementingkan hafalan dan ingatan sahaja.
d. Hanya 17 orang yang tahu membaca dan menulis.

D. KESIMPULAN: ( 2 Markah )

Apa – apa sahaja yang berkaitan.



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.