ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 15 Mac 2008

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT -STPM 2001

1. Huraikan Latar Belakang Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah ( Yathrib ) Sebelum Kedatangan Islam.

A. PENDAHULUAN.

Kota Makkah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua – dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, kota Makkah merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukannya yang strategik dan terdapat sumber air dari telaga zam – zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagai Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua – dua kota ini dirakam oleh Allah swt di dalam Al – Quraan.

Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun manusia. W.M. Watt yang membuat kajian yang mendalam tentang masyarakat Madinah menyebut bahawa masyarakat bandar ini mengamalkan ideologi kaum Badwi. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Makkah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari saat itu, masyarakat kota – kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna.

B. LATARBELAKANG MASYARAKAT.

1. Anggota Masyarakat
.

Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Makkah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Makkah pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup bersuku – suku dan berpuak – puak merenggangkan hubungan sesama mereka. Pauk Abd. Al – Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abd. Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota Makkah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al – Fijr adalah bukti permusuhan mereka.

Penduduk Yathrib yang dianggarkan seramai 4000 – 5000 orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluki oleh tentera Kristian. Bani – bani Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada beberapa bani. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku – suku hasil daripada adu domba daripada puak Yahudi. Permusuhan di antara suku Arab Aus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan Bu’ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.

2. Agama dan kepercayaan.

Orang Arab Quraisy mempercayai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan di sekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Makkah menjadi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.

Di Madinah orang Yahudi amat taasub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan iaitu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa – bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut Kristian di Madinah memusuhi orang – orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a. s Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan di kalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan ketuhanan.

3. Akhlak.

Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa – apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secara lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.

Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

4. Ekonomi.

Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka mengimport batu – batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secara riba di pasar yang dibina khas menjadikan Kota Makkah sebagai pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi memastikan perdagangan di kedua pihak mendapat keuntungan. Pengisytiharan bulan – bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Makkah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka berdagang ke utara (Syam ). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang mewah.

Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan.


5. Politik.

Masyarakat Makkah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masing – masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing – masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, keberanian dan kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Makkah menubuhkan Mala’ iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua – ketua suku. Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala’ untuk menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Nadwah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota Makakh. Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku – suku yang lemaah mengadakan Hilf al – Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakan di antara golongan kaya dan miskin.

Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya perang Bu’ath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela nasib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj.

6. Ilmu Pengetahuan.

Masyarakat Makkah kebanyakannya tidak menguasai ilmu – ilmu yang boleh menyejahterakan hidup mereka. Pedagang – pedagang asing yang berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kira – kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.

Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walau bagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut.

C. KESIMPULAN:

Masyarakat kota Makkah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna. Mereka adalah golongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota – kota ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.


2. Perihalkan Penentangan Yang Dihadapi Oleh Nabi Muhammad S.A.W Sewaktu Baginda Berada Di Kota Makkah Dan Nyatakan Langkah – Langkah Yang Diambil Oleh Baginda Bagi Mengatasinya.


A. PENDAHULUAN: ( 3 markah )- Jelaskan mana-mana berkaitan

1. Pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi, Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama Surah Al – Alaq ayat 1- 5 daripada Malaikat Jibrail, ini bermakna dengan rasminya Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan era Islam akan bermula yang seterusnya akan menghancurkan era zaman jahiliah.

2. Turunnya wahyu ke dua surah Al Muddathir ayat 1-7 menjadi permulaan episod dakwah Nabi Muhammad s.a.w, kepada penduduk Makkah bagi memberi peringatan kepada manusia tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar dan syurga bagi mereka yang taat kepada perintah Allah.

3. Dakwah secara sulit disampaikan kepada mereka yang karib dan kenalan rapat dengan baginda selama 3 tahun dengan penuh waspada agar matlamat dakwah tercapai terutamanya apabila umat Islam belum ada kekuatan di samping bilangan anggotanya amat sedikit. Rumah Al – Arqam bin Abi Al – Arqam dijadikan markas untuk Nabi Muhammad s.a.w memberi penerangan, tunjuk ajar serta bimbingan kepada orang Islam. Hasilnya lebih kurang 40 orang telah menerima Islam. Seterusnya apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Allah dalam Surah Al – Hijr ayat 94 yang bermaksud “ sampaikanlah oleh mu secara terang – terangan segala apa yang diterangkan dan berpalinglah oleh mu secara terang – terangan. Bermulalah dakwah secara berterangan yang disampaikan oleh Rasulullah kepada kaum kerabatnya Bani Hashim dan mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa yang terdiri daripada bani Fihr dan Bani Adi. Rasulullah telah menyeru orang Arab supaya menyembah Allah yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala dan tegas mengingatkan bahawa azab Allah s.a.w sangat hebat dan dahsyat bagi orang yang tidak beriman.

4. Pihak Quraisy mula menentang kerana tidak sanggup untuk meninggalkan agama warisan keturunan mereka yang telah sebati dengan jiwa mereka. Penentangan Quraisy juga berpunca daripada perasaan iri hati dan dengki bimbang kehilangan pengaruh dan kuasa, menolak konsep persamaan taraf yang dibawa oleh Islam dan takut dengan hari pembalasan. Penentangan dilakukan dengan pelbagai bentuk penyeksaan, rundingan dan tawaran serta pemulauan ekonomi.

5. Sejarah Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi Rasulullah.

B. ISI – ISI PENTING. ( 20 markah) - Huraikan
1. Penentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad di Makkah.
( 5 isi x 2 m = 10 m )

a. Usaha pertama untuk menentang dan menyekat dakwah Nabi Muhammad ialah dengan menemui bapa saudara Nabi Muhammad iaitu Abu Talib seorang yang dihormati di kalangan puak Quraisy. Tujuannya ialah supaya Abu Talib dapat menasihati Nabi Muhammad agar berhenti daripada usahanya menegakkan kebenaran iaitu membebaskan manusia daripada penyembahan berhala kepada pengabdian hanya kepada Allah yang maha esa.

b. Dengan cara menghina, memperolok – olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan. Misalnya mereka mengata Nabi Muhammad yang miskin dan gilakan pangkat, orang gila dan sebagainya. Mereka melemparkan najis dan batu kepada baginda. Halaman rumah baginda ditabur najis binatang sehingga golongan ini disebut di dalam Al – Quran sebagai Al – Mustahziin iaitu golongan yang mempersenda – sendakan.

c. Dengan menyeksa dan menindas Nabi Muhammad serta pengikut Islam terutama golongan hamba dan orang yang lemah. Misalnya:

· Nabi Muhammad ketika bersembahyang di Kaabah dicekik oleh Aqabah bin Muit dan ketika sedang sujud dilempar dengan najis unta di atas belakang baginda.

· Bila telah diseksa dengan dijemur di tengah panas dan ditindih dengan batu besar oleh Umayyah bin Khalf.

· Keluarga Ammar bin Yasin diseksa oleh Bani Makhzum sehingga kedua – dua ibu bapanya mati.

d. Melalui rundingan yang pertama diwakili oleh Utbah bin Rabi’ah datang berbincang dengan Rasulullah dengan menawarkan harta, pangkat sebagai ketua dan bersedia merawat Rasulullah sekiranya sakit. Semua tawaran tersebut ditolak oleh nabi Muhammad dengan menegaskan “Demi Allah jika mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan perkara ini, nescaya aku tidak akan meninggal nya sehingga Allah memberi kemenangan atau aku akan mati.
Rundingan kedua yang diwakili oleh Al – Walid bin Al – Mughirah dan Al – As bin Wail meminta Nabi Muhammad menghentikan penentangannya terhadap penyembahan berhala dengan menawarkan kekayaan dan gadis jelita Arab. Nabi Muhammad s.a.w dengan tegas menolak tawaran tersebut. Kaum Quraisy masih cuba berkompromi dengan Nabi Muhammad s.a.w dengan mencadangkan supaya dibuat giliran dan pengabdian kepada Allah setahun dan tahun berikutnya pengabdian kepada berhala secara bergilir – gilir. Kompromi ini juga gagal dan baginda mendapat perintah Allah melalui surah Al – Kafirun ayat 1- 6. Dalam surah ini Allah menegaskan “ Untuk mu agama dan untuk ku agama ku” segala usaha memujuk dan diplomasi kaum Quraisy telah menemui kegagalan.

e. Pemulauan ekonomi dan sosial ke atas baginda dan sesiapa sahaja orang Islam yang bersama baginda termasuk seluruh Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib yang mempertahankan baginda. Perjanjian memulaukan ditandatangani oleh puak Quraisy iaitu tidak akan mengahwini mereka, tidak berjual beli dengan mereka, menyekat sumber rezeki dan tidak akan berbelas kasihan kecuali setelah Bani Abdul Mutallib menyerahkan Rasulullah untuk dibunuh. Naskhah perjanjian digantung di Kaabah. Pemulauan ini berlaku selama lebih kurang tiga tahun. Akhirnya Bani Quraisy memarahi semasa sendiri dan mereka sepakat melanggar perjanjian tersebut, di samping Allah menghantar anai – anai menggigit perjanjian tersebut sehingga semuanya rosak kecuali perkataan nama Allah ‘azzawajalla’.

f. Rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad dibuat setelah segala tindakan kaum Quraisy menemui kegagalan. Semasa Abu Talib masih hidup, kaum Quraisy pernah meminta beliau menyerahkan Nabi untuk dibunuh dan sebagai gantinya mereka akan menyerahkan seorang pemuda Quraisy yang kaya kepada Abu Talib. Rancangan itu ditolak bulat – bulat oleh Abu Talib. Setelah Abu talib wafat mereka mengambil keputusan, semua wakil suku – suku di Makkah menyerbu rumah baginda dan membunuhnya. Rancangan kemuncak ini juga gagal kerana nabi telah diberitahu oleh Allah lalu baginda berhijrah ke Madinah.

2. Langkah – langkah Yang Diambil Oleh baginda Untuk Mengatasinya.
( 5 isi x 2 m = 10 markah )
a. Di peringkat awal penentangan rasulullah dan penganut Islam lebih bersikap sabar menghadapi segala tindakan kaum Quraisy sehingga tawaran para Malaikat untuk membantu baginda untuk mengangkat bukit Safa untuk ditimpakan ke atas orang – orang Taif yang menyakiti baginda pun ditolak.

b. Baginda terus berdoa ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak tahu”.

c. Menebus hamba yang diseksa oleh tuanya dan memberikan bantuan kepada orang – orang yang lemah yang dizalimi dan ditindas. Misalnya Bilal yang diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Sayidina Abu Bakar lalu dimerdekakan. Sayidina Uthaman bin Affan dan Saidatina Khadijah juga banyak mengorbankan harta benda mereka untuk membantu orang – orang Islam masa itu.

d. Melakukan hijrah ke Habsyah untuk meringankan beban kezaliman yang dilakukan oleh orang – orang Makkah. Rasulullah mencadangkan agar umat Islam berhijrah ke Habsyah ( Ethopia ) kerana rajanya pada masa itu beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2 kali. Kali pertama pada tahun ke – 5 kerasulan nabi Muhammad yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun ke – 7 kerasulan nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Sadina Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri, Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi.

e. Berlindung di bawah perlindungan orang – orang Makkah yang mempunyai kedudukan terutamanya daripada Bani Hashim sendiri ( konsep jiwar ). Nabi dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib. Para hamba yang telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah orang – orang yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang – undang tetamu atau Jiran ( qanun al – Jiran ) orang – orang Islam ketika itu terjamin keselamatan mereka.

f. Hijrah Rasulullah s.a.w, bersama Sayidina Abu Bakar ke Madinah telah diberitahu oleh Allah ketika kaum Quraisy bersepakat mengambil tindakan mengepung rumahnya dan hendak membunuh baginda. Hijrah yang berlaku pada 16 Julai 622 Masihi ini telah membawa sinar baru kepada seluruh umat Islam ketika itu. Kejayaan hijrah ini adalah daripada pancaran yang teliti dan strategi yang berkesan. Kumpulan demi kumpulan umat Islam tiba di Madinah. Dan menumpang tinggal dan kasih sayang bersama para sahabat golongan Ansar. Akhirnya sebuah negara Islam yang kuat dan mantap dibina di bawah pimpinan Rasulullah dengan bantuan para sahabat.


C. KESIMPULAN. ( 2 markah )

Kesabaran dan kekuatan iman umat Islam dalam menghadapi penentangan di samping perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I аbsolutely lοve your site.. Exсеllent colοrs & theme.
Did уou сreatе this website yourself?
Please гeрly baсk as I'm planning to create my own personal site and would love to know where you got this from or exactly what the theme is named. Cheers!

Here is my page :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Qualіtу poѕtѕ is the secrеt to іnѵite the uѕeгs to go
to see the ωeb page, that's what this web page is providing.

Feel free to surf to my web blog ... instant loans
my webpage > instant loans

Tanpa Nama berkata...

Ι haνe been surfing onlinе grеater
thаn 3 hоurs lately, yet I by no meаns discoveгeԁ anу attention-grabbing article liκе
уours. It is lovely value enough foг me.
In my opinіon, if all web owners and blοggers mаdе just right content aѕ
you prοbablу did, the nеt shall be muсh more useful than ever
before.

Feеl free to visit mу site; payday loans

Tanpa Nama berkata...

It's awesome to visit this web page and reading the views of all colleagues regarding this piece of writing, while I am also zealous of getting experience.

Stop by my weblog :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Great beаt ! I wish to aρprentice while уou amend your ѕite, how can
i subscribe for а blog ѕite? Thе account helpeԁ me a acceptаble deal.

I hаԁ been tiny bit acquаintеԁ
of this your broaԁсast prοvideԁ bright clear concept

My blog post: Same Day Payday Loans

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.