ENJIN CARIAN BAHAN

Rabu, 12 Mac 2008

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT -STPM 1998


1. Terangkan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan antara
pandangan
Arab Jahiliah dengan pandangan Islam.

A. Pendahuluan
. ( Jelaskan )
· Pengertian Jahiliah..
· Kedatangan Islam.

B. Konsep Ketuhanan Orang Arab Jahiliah.

1.1 Penyembahan Berhala.

Agama Wathani adalah agama ciptaan manusia menjadi agama utama kepada orang – orang Arab jahiliah. Orang Arab jahilian menyembah berhala terdapat sebanyak 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Diantara yang terkenal ialah Al-Latta, Al- Uzza dan Al-Manat ( tiga orang puteri tuhan. Burnagat ( Tuhan yang membawa kebaikan ), jahanam ( tuhan pembawa kecelakaan ) Hubal ( tuhan yang menyerupai manusia ) widdah ( berbentuk wanita ) Yaghus ( berbentuk lembu jantan atau singa ) Yang ( berbentuk kuda ) dan sebagainya.

1.2 Penyembahan Cakerawala.

Mereka menyembah matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Mereka percaya bahawa cakrawala sebagai sumber segala kehidupan dan kuasa. Matahari untuk kegiatan hidup di siang hari, bulan untuk perjalanan pada waktu malam dan membolehkan ternakan makan. Dan bintang untuk pedoman perjalanan pada waktu malam.

1.3 Polidemonisme atau penyembahan jin dan dewa – dewa.

Agama ini diamalkan oleh mereka yang mengamalkan ajaran sihir. Ada juga antara mereka menyembah malaikat yang dianggap berjantina lelaki dan perempaun. Mereka dianggap sebagai perantaraan dengan Tuhan ( Al- Quraan, Surah 43 : ayat 19 )

1.4 Majusi ( Zoroster )

Agama ini berasal dari Parsi yang mempunyai dua tuhan iaitu tuhan baik dan tuhan jahat. Penganutnya mempercayai bahawa api mempunya dua konsep iaitu api sebagi penerang dan api sebagai pemusnah.

1.5 Penyembahan Tuhan Padang Pasir.

Penganutnya dikenali sebagi ahl al- saf. Mereka berjalan – jalan di tengah padang pasir pada waktu malam dengan membawa api sambil bergendang dan bernyanyi – nyanyi sesama mereka.

1.6 Animise.

Penganutnya menyembah objek yang dianggap ganjil dan yang membawa untung atau yang menggerunkan di persekitaran mereka seperti batu – batan, pokok – pokok besar, air, api, binatang, padang rumput dan lain – lain lagi.

1.7 Kepercayaan Tahyul.

Kepercayaan ini berhubung kait dengan ketuhanan, penyembahan dan suci antaranya:
a. mempercayaai tangkal azimat.
b. Roh orang yang mati menjadi seekor burung.
c. Mempercayaan binatang yang melintas di tengah – tengah perjalanan, kalau ke kanan
membawa kebaikan, kalau ke kiri membawa kecelakaan.
d. Mengikat tali pada mana – mana pokok. Jika ikatan tersebut terurai sekembalinya suami
dari perantauan, ini menandakan bahawa isterinya telah berlau curang.
e. Mengorbankan anak perempuan yang merupakan perbuatan yang mulia.
f. Percaya kepada ahli nujum dan tukang tenun.
g. Percaya kepada nasib dan sihir.
h. Membuat keputusan melalui anak panah ( al – azlam ) yang diletakkan berhampiran
dengan al – Hubal.
1.8 Agama Yahudi.
1.9 Agama Nasrani


1.10 Orang Jahiliah menganggap apa sahaja yang boleh memberi keuntungan dan manafaat kepada mereka berhak disembah. Mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk pelbagai objek benda atau tahyul.


Kepercayaan agama yang diselewengkan ini berakhir dengan kebangkitan Rasullah s.a.w.

C. Konsep Keagamaan Menurut Pandangan Islam.

Terdapat dua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w

Di Mekkah;

Ajarannya berbentuk Tasyri Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang termaktub di dalam al – quraan melalui surah – surah Makkiayah sebayak 93 surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah ( Hubungan antara Hamba dengan Allah ) iaitu berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan peribadatan.

2. Di Madinah.

Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juz’i ( ajaran secara umum ), sebagaimana disebut di dalam 21 surah Madaniyyah. Ia menerangkan persoalan Hablum Minanas ( Hubungan antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain – lain lagi.

Aspek – apek Ajarannya pula menyangkuti :

Aspek Akidah:

Tauhid : mengesakan Allah s.w.t sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala sifar kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan sendirinya menolak segala ajaran anthropomorphisme iaitu segala bentuk penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhlukNya.

Mempercayaai rukun iman, beriman kepada allah, kepada Malaikat kitab – kitab Allah, para Rasul, hari kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah.

Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti bagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan negara yang tidak mematuhi peraturan Allah.

Perkara – perkara selepas mati : mempercayaai adanya alam barkhzah ( kubur ) hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain – lain lagi. Di dalam ajaran islam ini, umat islam boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima wakyu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan dilarang melakukan perantaraan.

Aspek Syariah

Ajaran ini membezakannya dengan ajaran – ajaran jahiliah kerana ia membentuk cara hidup sendiri melalui syariah – syariah yang merupakan undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyuNya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan undang – undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh keberuntungan di akhirat kelak.

Aspek Akhlak.

Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak di dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusiaan seperti merompak, mencuri, membunuh, menyakiti hati jiran, berzina dan sebagainya. Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau masyarakat boleh dianggapkan beriman kepada Allah, rasul Nya dengan sebenar – benarnya. Aspek – aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan keagamaan orang – orang Jahiliah sebelum Islam.



C. Kesimpulan :

Orang Arab jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, hanya menutut nafsu semata – mata. Allah telah menurunkan agama Islam senagai agama kepada manusia seluruhnya.



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.